Video berdurasi 2 minit 50 saat itu yang tidak diberitahu lokasinya menunjukkan, sekumpulan murid perempuan dipaksa masuk ke dalam kolam tersebut sebagai latihan bagi mengatasikan ketakutan dalam diri mereka.
Ada sesetengah murid menjerit dan menangis ketakutan serta enggan melakukan aktiviti tersebut. Sesekali beberapa lelaki dewasa itu menakutkan mereka berkenaan dengan pancuran air paip dan kedengaran gelak ketawa dalam video tersebut.
Akibat terlalu panik, mereka berebut-rebut naik ke tebing sehingga menimpa rakan mereka sendiri. Salah seorang murid dimarahi kerana menjerit dan diberikan amaran untuk tidak berbuat demikian kerana jeritan seperti itu akan membuatkan ular takut.
Justeru, netizen mempersoalkan, apakah kewajaran memberikan latihan seperti ini kepada murid, sedangkan terdapat banyak lagi cara yang lain untuk mengatasi ketakutan dalam diri mereka. Malah, latihan pembentukan jati diri seperti itu tidak akan membantu murid mengatasi ketakutan tetapi akan menyebabkan mereka trauma dan fobia selain mengalami kecederaan emosi.
"Siapa yang setuju dengan cara ini memang sah bodoh tak bertempat. Nak naikkan jati diri kepala otak kamu. Tak kira ular itu ada bisa atau tidak tetapi sekali kena patuk memang akan cedera. Otak letak di mana? Suka jadi hiburan atas ketakutan orang lain?" kata Zaidin D. Faizul.
"Budak sekolah rendah bang, ada banyak lagi cara nak menaikkan keberanian mereka. Mereka bukan askar, ini hanya akan meninggalkan banyak kesan negatif kepada mereka," kata Shazwan Ali.
Blogger Comment
Facebook Comment