'Auntie Anne's Bukan Pemegang Sijil Halal JAKIM Tetapi Kami Sedang Berusaha Ke Arah Itu' - Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti)


PUTRAJAYA - Berikutan kebimbangan orang ramai mengenai status halal Auntie Anne's, Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti) Auntie Anne's, Farhatul Kamilah, tampil memberikan penjelasan.

Saya bekerja sebagai Qualiti Assurance Executive merangkap Halal Executive di Auntie Anne's Malaysia. Saya merupakan pemegang Ijazah Kejuruteraan Teknologi Kimia (Makanan) dan adalah seorang ‘certified’ Halal Executive dibawah badan Halal Development Corporation (HDC). Penyataan ini bukanlah untuk meninggi diri, tetapi bertujuan untuk mempertahankan kreadibiliti saya bagi menjawab isu status halal di tempat saya bekerja.

Artikel berkaitan:
"Permohonan halal Auntie Anne's (HALAL-20160627) ditolak JAKIM"

Ya betul, permohonan kami telah ditolak atas beberapa isu. Isu-isunya adalah seperti berikut:-

1) JAKIM meminta kami untuk memohon sijil halal bagi Central Kitchen (CK) dahulu di mana proses re-packing dilakukan sebelum meneruskan permohonan bagi outlet.

2) Saya telah memohon sijil halal bagi kesemua 45 outlet Auntie Anne’s dibawah satu permohonan. JAKIM telah menolak permohonan dan meminta saya untuk mengasingkan permohonan mengikut zon untuk memudahkan proses audit. Situasi ini juga pernah berlaku kepada jenama Sushi King. Pada mulanya, hanya beberapa outlet sahaja yang disahkan halal kerana proses ini dijalankan secara berperingkat dan mengikut zon walaupun semua produknya adalah daripada CK yang sama.

3) Nama menu ‘Pretzel Dog’ haruslah ditukar kepada nama yang lebih sesuai. Saya telah mencadangkan beberapa nama baru dan masih menunggu keputusan mesyuarat panel dari pihak JAKIM. Setelah kami mendapat keputusannya, kami harus menukar kesemua menuboard sebelum proceed kepada permohonan baru.

Untuk pengetahuan semua, saya telah menghantar permohonan bagi CK. Kami telah melepasi peringkat pertama dan sudah pun menjelaskan bayaran dan sedang menunggu proses audit dari JAKIM. Saya sertakan surat dan resit bayaran dalam post ini.


Ingin saya tegaskan, Auntie Anne’s BUKAN pemegang sijil halal JAKIM tetapi kami sedang BERUSAHA ke arah itu. JAKIM mempunyai standard yang sangat tinggi yang harus diikuti oleh semua pemegang sijil halal JAKIM. Pihak JAKIM bukan hanya memfokuskan kepada status halal bahan makanan, tetapi juga kebersihan outlet dan pengendali makanan. 

Saya juga seorang Muslim dan ini adalah salah satu tanggungjawab fardhu kifayah saya untuk umat Islam. Doakan saya berjaya.

Bagi yang was-was tapi mahu juga mencuba pretzel Auntie Anne’s, saya cadangkan anda menunggu sehingga kami disahkan halal terlebih dahulu kerana perkara yang syubhah sudah jatuh haram untuk kita memakannya. Jika Auntie Anne’s sudah disahkan halal oleh JAKIM, saya cadangkan anda beli Éclair Stix dan Jalapeno Cheese, kerana kedua-duanya favourite saya. - Farhatul Kamilah | The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment