Remaja 13 Tahun Nyaris Diculik Ketika Dalam Perjalanan Ke Sekolah


PUCHONG - Seorang pelajar tingkatan 1 (lelaki) sebuah sekolah menengah di Bandar Kinrara, trauma selepas mendakwa dirinya nyaris diculik oleh tiga orang lelaki yang menaiki sebuah van putih, tengah hari kelmarin, lapor Sinar Harian

Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari itu, baru 10 minit mangsa keluar dari rumah dan berjalan ke ke sekolah, tiba-tiba sebuah van berhenti dalam jarak 50 meter di hadapan mangsa. Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa terus melarikan diri dan dikejar oleh tiga lelaki yang tidak dikenali itu. 

Berikut perkongsian dari ibu mangsa:

Anak saya, Tingkatan 1, berjalan kaki ke sekolah mengikut jalan pintas jam 12.40 tengah hari. Kebiasaan dia naik basikal tetapi basikal rosak sejak minggu lepas. 

Dalam perjalanan ke sekolah, dia akan pergi ke rumah kawan dan jalan bersama-sama ke sekolah. Namun, tak sempat sampai di rumah kawan, tiba-tiba ada sebuah van berhenti dalam jarak 50 meter di hadapan. 

Van putih itu kelihatan seperti van perniagaan tetapi tiada sebarang tulisan di badan van tersebut. Hanya ada satu tingkap di belakang, manakala di bahagian kiri dan kanan tiada tingkap. 

Selepas van itu berhenti, keluar tiga orang lelaki berbadan besar, berkulit putih. Dua daripadannya botak dan ada rambut sedikit, seorang lagi mempunyai rambut. Ketiga-tiga mereka memakai baju lengan panjang serba hitam serta memakai topeng muka. 


Anak saya terus cabut lari masuk ke celah lorong perumahan. Tiga lelaki itu tadi bertindak mengejarnya. Segala lorong anak saya masuk dan lari. Dia nak menjerit tetapi dia takut kepenatan. 

Apabila dia menoleh ke belakang, tiga lelaki itu tadi kelihatan penat setelah cuba mengejarnya. Akhirnya mereka berhenti bila gagal mencari anak saya. Anak saya kata, bila dia nak masuk ke lorong perumahan lagi satu, dia ternampak van putih itu pergi mendapatkan tiga orang lelaki tadi. Anak saya terus menyorok lama juga di lorong itu. 

Setelah merasakan keadaan selamat, dia terus balik ke rumah segera. Pembantu say akata dia berpeluh dan mengigil meminta untuk menghubungi saya dan suami. 

Sejurus mendapat tahu apa yang berlaku, saya terus menghubungi pihak sekolah dan memaklumkan perkara itu sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias mengesahkan kejadian itu. Namun belum membuat sebarang tangkapan sehingga semalam. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment