Lelaki Maut Kemalangan Selepas 11 Hari Berkahwin


GURUN - Seorang lelaki yang baru saja berkahwin 17 September lalu, maut selepas motosikal yang ditunggangnya itu merempuh belakang lori milik PROPEL Berhad di Kilometer 74, Lebuhraya Utara-Selatan, hari ini, lapor Berita Harian

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Shaidi Che Othman, 27, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Padang Pusing, Pendang, dari Sungai Petani. 

Mangsa merempuh belakang sebuah lori yang berhenti di laluan kecemasan untuk meletakkan kon bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan jalan. 



Mangsa cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa dibawah ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani untuk dibedah siasat. 

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment