Potong Rambut Free, Kalau Baca Al-Quran Di Kedai Ini

rambut
Sepanjang bulan Ramadan ni ramai yang berlumba-lumba melakukan amal jariah.
Di Indonesia, seorang pemilik kedai gunting rambut membuat promosi istimewa sempena Ramadan, kalau anda baca Al-Quran anda boleh potong rambut secara percuma.
Pemilik kedai ini, Asep Irawan Hidayat berkata, membaca Al-Quran pada awal pagi dapat melancarkan rezeki dan juga menambahkan pahala, selain memberi keberkatan pada perniagaannya itu.
Bagaimanapun, promosi ini terhad dari jam 7 pagi hingga 9 pagi sahaja. Dia juga tidak mahu memaksa pelanggannya untuk membaca Al-Quran. Apa yang penting mereka ikhlas membacanya.
Walaupun pelanggan hanya mampu membaca sepotong ayat suci Al-Quran, Asep tetap akan menerima ‘bayarannya’ itu.
Sumber: mynewshub

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment