Kurang tawaran, elfaeza ul haq buat amal cuci surau

1-Kurang-Tawaran-Elfaeza-Ul-Haq-Buat-Ama
Cabaran datang dalam pelbagai bentuk dan bagi pelakon Elfaeza Ulhaq yang popular melalui drama Adam dan Hawa, dia seringkali diuji dengan rezeki lakonan namun memerlukannya untuk membuka hijab. Bagaimanapun perkara tersebut ditolak dengan baik olehnya.
Saya akui memang kurang muncul di televisyen sejak bertudung kerana tawaran berlakon semakin berkurangan. Ada tawaran yang datang tapi kebanyakannya untuk drama berbahasa Inggeris yang memerlukan saya membuka hijab
Ia seperti dugaan dan ujian buat saya kerana disaat saya tiada pekerjaan ini, saya terpaksa menolak tawaran-tawaran memerlukan saya buka tudung. Namun saya reda ia hanya satu ujian Allah kepada saya, katanya.
Selain itu, pelakon ini juga menjelaskan kepada mStar Online bahawa dia kini sibuk mengamalkan kerja amal sepanjang Ramadan seperti membersihkan karpet surau-surau di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
NYSM2-Rotikaya-300x250-px.jpg
Disebabkan banyak masa terluang saya bersama seorang rakan yang mempunyai syarikat mencuci karpet membuat kerja-kerja amal untuk cuci karpet surau. Bila surau bersih orang akan selesa untuk sembahyang dan buat apa-apa aktiviti di surau, namun kami juga memerlukan dana untuk melakukan aktiviti tersebut bagi yang bermurah hati untuk menderma, ujarnya. (rtky/s)



SUMBER
mstar online
Sumber: Rotikaya

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang


Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Kami tidak bertanggungjawab keatas segala pandangan terhadap artikel ini. Terima kasih
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment