Hayat Bayi Tak Berkulit Hanya Dua Hari

kulit01_1465864093

hindustantimes.com

Di New Delhi, seorang bayi perempuan dilahirkan tanpa kulit pada Sabtu lalu telah meninggal dunia awal pagi Isnin.

Bayi ini dikatakan menghidap Harlequin Ichthyosis, sejenis kecacatan yang dilaporkan berlaku dalam setiap 300,000 kelahiran.

Badannya hanya diselaputi lapisan keras yang merekah. Organ fizikalnya juga dikatakan tidak sempurna. Malah, organ dalamannya juga dapat dilihat dengan jelas.

Kecacatan pada bayi ini dikesan ketika kandungan berusia empat bulan melalui imbasan ultrasound.

Difahamkan, beberapa kes kecacatan yang sama pernah dilaporkan, antaranya di Pakistan pada tahun 1984 dan di Amerika Syarikat pada tahun 1994.

Sumber: Astro Awani

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment