[Foto] Biarpun Sudah Berusia 68 Tahun, Atok Ini Tetap Gigih Ke Sekolah

_89981887_hi033487067
Durga, 68, kini digelar sebagai pelajar paling tua di Nepal. Walaupun dalam keadaan yang agak uzur dengan perjalanan untuk ke sekolah mengambil masa lebih dari sejam ia sedikit pun tidak melemahkan semangatnya untuk ke sekolah.
Durga dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin dan dia tidak berpeluang untuk ke sekolah seperti kanak-kanak lain. Bercita-citanya ingin menjadi seorang guru, tetapi impiannya itu hanya tinggal impian.
Isteri Durga sudah lama meninggal dunia dan mempunyai enam anak, namun semuanya meninggalkan kampung halaman untuk mencari rezeki di daerah lain.
Tidak mahu membiarkan waktunya dihabiskan tanpa melakukan benda-benda yang berfaedah, Durga memutuskan untuk memasuki ke sebuah sekolah menengah yang paling dekat dengan rumahnya.
Durga turut terlibat dengan aktiviti di luar kelas, bermain bola bersama murid-murid lain biarpun tidak secergas mereka.
Durga tetap tabah tanpa menghiraukan penat dan lelahnya. Dia hanya mempunyai satu azam, iaitu menuntut ilmu sampai menghembuskan nafas terakhirnya.
_89982084_hi033487238
_89982082_hi033487055
_89982080_hi033487106
_89981889_hi033487104
_89982159_hi033487023 _89982086_hi033487151
Sumber: Sinar Harian

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment