Cekal dan tabahnya hati si ibu tunggal


Kasih seorang ibu di hari raya

Demi membawa dua orang anaknya pulang ke kampung, wanita ini sanggup dan gigih membonceng dua orang anaknya dari Kuantan ke Taiping. 

Gambar yang dimuat naik oleh Norbaya Ahmad, itu viral di media sosial dan netizen tidak putus-putus mendoakan agar tiga beranak itu selamat tiba ke destinasi. 


"Terserempak dengan seorang ibu tunggal yang gigih membonceng dua orang anaknya yang berusia tiga tahun dan tujuh tahun dari Kuantan ke Taiping. 

"Sebagai seorang ibu, sebak melihat keadaan si anak kecil ini yang terpaksa memegang tali helmet dari ditiup angin semata-mata untuk pulang beraya. 


"Kami hanya sempat menumpangkan anak-anak Puan Norli dari Gambang ke Genting Sempah kerana kami menghala ke Shah Alam dan beliau dan anak-anaknya akan meneruskan perjalanan ke Taiping melalui Genting. 

"Semoga perjalanan beliau selamat sampai dan jika ada yang terserempak dengan beliau, bolehlah tumpangkan anak-anak kecil ini," tulisnya jam 6.45 petang semalam. 

Difahamkan Puan Norli dan anak-anaknya telah selamat tiba di destinasi. 
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment