Dengan cara pemakanan kebanyakan wanita sekarang yang tidak dijaga selain gaya hidup tidak sihat, wanita turut berisiko dengan serangan jantung.
Bagaimana pun kesedaran terhadap ancaman penyakit jantung kalangan wanita ini kurang kerana kita lebih prihatin dengan masalah kanser payu dara dan kanser pangkal rahim yang sangat membimbangkan ketika ini.
Walaupun serangan jantung lebih banyak berlaku kalangan wanita berusia 65 tahun ke atas namun ancaman sakit jantung koronori kalangan wanita muda tidak boleh dipandang ringan.
Makanan tinggi kalori, lemak, gula dan tidak bersenam yang menjadi gaya hidup sebahagian besar kita mendekatkan kaum wanita dengan masalah serangan jantung.
Oleh itu adalah penting untuk kaum wanita sedar tentang tanda-tanda serangan jantung ini tambah lagi simptom serangan jantung pada wanita berbeza dengan lelaki.
1. Rasa sakit di bahagian belakang, leher, rahang dan lengan
Tanda ini mungkin mengelirukan kerana kebiasaannya simptom serangan jantung berkait dengan sakit di dada atau di bahagian lengan kiri bukan pada leher dan rahang.
Sakit di bahagian ini mungkin datang secara tiba-tiba dan sangat tidak menyelesakan. Ia boleh menyebabkan anda terbangun di tengah malam jika mengalaminya.
2. Sakit perut
Beberapa kes serangan jantung, wanita mengalami rasa sakit perut yang amat. Seperti ditekan oleh sesuatu yang berat.
3. Peluh sejuk
Peluh pada waktu sejuk memang tanda biasa wanita yang mengalami serangan jantung. Ia lebih terasa seperti berpeluh kerana stres bukan seperti kita berpeluh kerana bersenam atau berada di persekitaran panas.
4. Tercungap dan pening
Nafas pendek atau cepat tercungap seperti baru lepas berlari walaupun sebenarnya anda hanya duduk, tidak berbuat apa-apa.
5. Cepat penat
Walau pun sudah berehat, rasa letih tetap dirasai. Rasa letih walaupun hanya berjalan ke bilik air.
6. Tekanan dan sakit di dada
Sakit dada, rasa panas dan tekanan di bahagian dada adalah simpton serangan jantung tak kira lelaki atau wanita. Akan tetapi ada pesakit yang mengalami simptom sakit bukan di bahagian dada belah kiri tapi keseluruhan.
Jika ia tidak reda selama beberapa minit, ada baiknya segera ke hospital atau klinik
Nota: Simptom ini turut mengambil kira kekerapan simptom ini berlaku. Dapatkan pemeriksaan jika kerap merasainya.
Sumber: www. clevelandclinic.org, http://ift.tt/2oz2aHc
via Bin Usrah
Blogger Comment
Facebook Comment