'Pemandu Grabcar itu tendang paha saya' - Mangsa


GEORGETOWN, PULAU PINANG - "Sepanjang dok mai kerja naik Grabcar, hari ini paling spoil sekali," demikian kata seorang wanita yang mendakwa telah dipukul pemandu Grabcar. 

Dalam kejadian jam 7.20 pagi, Nor Aishah Mat Kamis, 20, telah ditendang lelaki terbabit yang berang dengan tindakannya merakam videonya. 

"Saya booking Grabcar melalui apps dengan pemandu yang bernama Mohamad Azman Yeoh, memandu kertea Proton Persona warna kelabu, untuk menghantar saya dari Taman Abidin ke One Pacific Hotel. 

"Masuk saja dalam kereta, pemandu itu mengamuk dan tanya kenapa saya tidak menunggu di lampu isyarat. Saya jelaskan sudah menjadi kebiasaan penduduk di flat ini akan menunggu Grabcar di depan pintu masuk, bukannya di tempat yang dikatakannya itu. 

"Dalam perjalanan itu, pemandu itu memandu secara agresif dan berbahaya. Dia boleh hon kereta itu, kereta ini seperti orang tak betul. 

"Apabila hampir tiba di destinasi, pemandu itu telah memberhentikan keretanya dan meminta  saya turun di lokasi yang bukan telah ditetapkan. Saya meminta dia menurunkan saya di lokasi sepatutnya tetapi pemandu itu enggan berbuat demikian dan memilih untuk bertengkar mulut dengan saya. 

Bayar fare RM3, lagi mau hantar sampai sana. - kata pemandu Grabcar berkenaan.

"Saya kemudian memaklumkan yang saya akan buat aduan terhadap pihak Grabcar menyebabkan dia bertindak mengunci pintu kereta. Sehinggalah saya terpaksa rakam video, barulah dia buka pintu sebelum keluar dari keretanya lalu menendang paha saya kerana berang dengan tindakan saya. 


"Saya terus menghubungi pihak Grabcar dan saya dinasihatkan untuk membuat laporan polis," katanya yang sudah serik dengan apa yang berlaku. 

Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani pada jam 2.08 petang semalam. - The Reporter 
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment