Kanak-kanak dipukul & dicekak sebelum badannya dihempas kerana enggan berhenti menangis


Viral di media sosial video seorang lelaki yang memakai seluar dalam berwarna merah memukul seorang kanak-kanak tanpa belas kasihan. 

Video yang dimuat naik 16 Mei lalu menunjukkan lelaki berkenaan berang dengan kanak-kanak yang dipercayai anaknya itu menangis tanpa henti, lalu bertindak memukulnya agar si kecil itu berhenti menangis. 

Mangsa yang dianggarkan berusia 2 tahun itu hanya mampu menangis apabila dipukul di bahagian dada, ditolak dan lehernya dicekik sebelum badannya dihempaskan ke tilam. 




Bagaimanapun tidak dapat dipastikan di mana lokasi sebenar kejadian itu berlaku. Namun video tersebut telah dikongsi 185,877 kali di Facebook. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment