(VIRAL) Rahsia Terbesar Nasi Lemak Anak Dara Terbongkar Akhirnya Jum Tengok Macam Mana...

Facebook Siti Hajar Di Sekat....Rahsia Terbesar Nasi Lemak Anak Dara Terbongkar Akhirnya

“Salahkah saya hendak berniaga? Perlukah sampai lapor Facebook saya?”

Facebook Siti Hajar Di Sekat....Rahsia Terbesar Nasi Lemak Anak Dara Terbongkar Akhirnya
Rahsia Terbesar Nasi Lemak Anak Dara Terbongkar Akhirnya
Peniaga muda Siti Hajjar Ahmad sibuk melayan pelanggan Nasi Lemak Anak Dara di Seksyen 7, Shah Alam semalam. — Foto-foto oleh Choo Choy May

Siti Hajjar Ahmad sedang menyiapkan sambal, komponen penting nasi lemak, yang diwarisi daripada emaknya.

Selepas hidangannya habis dijual, Siti Hajjar Ahmad berkemas pulang ke rumahnya di pangsapuri Seksyen 7, Shah Alam.
SHAH ALAM, 4 Okt — Kecekalan dan suka duka gadis penjual Nasi Lemak Anak Dara, yang disaman selepas popular di media sosial, terus diperkatakan.
Siti Hajjar Ahmad, walau memiliki ijazah dan rupa paras menarik, tidak gopoh untuk bekerja di pejabat berhawa dingin seperti pilihan ramai graduan sebayanya.
Gadis ini, 24 tahun, tidak berasa terbeban apabila perlu mengangkut barangan jualan dari tingkat lima setiap pagi, malah puas melihat pelanggan berbaris menunggu nasi lemak mereka.
Beliau tinggal di tingkat paling atas pangsapuri Seksyen 7 di sini, kira-kira 20 meter dari tapak gerai nasi lemaknya.
Memulakan perniagaan pertengahan Ogos lalu, graduan kejuruteraan elektronik perubatan dari kampus di Batu Pahat ini disaman pihak berkuasa tempatan, baru-baru ini.
Majlis Bandaraya Shah Alam mengenakan kompaun RM300 selepas jualan nasi lemaknya mendapat perhatian pengguna media sosial. 
Susulan itu, Jumaat lalu, Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali sendiri berkunjung ke gerainya, dengan menyerahkan borang permohonan lesen perniagaan agar tidak dikenakan lagi tindakan.
Malam tadi, laman Facebook peribadinya disekat, dipercayai setelah akaun ini dilaporkan kepada syarikat media sosial itu.
“Salahkah saya hendak berniaga? Perlukah sampai lapor Facebook saya?” coretnya dengan nada kecewa.
Melihat sambutan luar biasa pelanggan dan kontroversi yang dialaminya, ProjekMMO semalam menjengah sendiri dapur Hajjar bagi melihat rahsia Nasi Lemak Anak Dara disediakan.
“Resepi nasi, saya Google saja sebab tidak pernah masak sebelum itu. 
“Lepas itu, saya cuba beri kawan makan, mereka kata sedap.
“Saya tengok bahan-bahan di internet apa yang mereka gunakan. Jika sedap, saya gunakan.
“Tetapi sambal saya belajar daripada emak. Tengok dia masak dan tanya, dia letak apa,” katanya, berasal dari Sungai Petani di Kedah, yang masih mampu mengukir senyuman selepas penat berniaga.
Hajjar berkata 100 bungkus nasi lemak mampu dijual pada hari bekerja, manakala 140 bungkus pada hujung minggu.
Harga nasi lemak biasa RM1.50, tambahan RM1 pula untuk telur goreng dan RM2 untuk ayam goreng berempah.
Nasi lemak yang dijual seawal 7.30 pagi di hadapan Blok 2 Flat PKNS Seksyen 7 di sini dapat dihabiskan sejam kemudian, tidak termasuk tempahan yang dibuat lebih awal.
Bagi mengelak pembeli beratur panjang dan terlepas menikmati Nasi Lemak Anak Dara, tempahan boleh dibuat melalui Facebook sehari lebih awal.  loading...

Bagi mengelak pembeli beratur panjang dan terlepas menikmati Nasi Lemak Anak Dara, tempahan boleh dibuat melalui Facebook sehari lebih awal. 
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment