Rogol & bunuh Eno Farihah, 2 tertuduh dijatuhkan hukuman mati


JAKARTA - Dua lelaki yang didakwa merogol dan membunuh Eno Farihah dengan menggunakan cangkol dijatuhkan hukuman mati mahkamah, kelmarin.

Lapor media tempatan, Rahmat Arifin, 24, dan Imam Hapriyadi, 24, dijatuhkan hukuman mati oleh Ketua Hakim M Irfan Siregar, setelah terbukti melakukan jenayah tersebut. 

"Imam Hapriyadi terbukti melakukan pembunuhan itu, manakala Rahmat Arifin juga bersalah di kerana membunuh dan merogol mangsa. Oleh itu, kedua-dua tertuduh dijatuhkan hukuman mati," kata hakim di Mahkamah Tengerang, Rabu lalu. 


Kedua-dua tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah mendengar keputusan yang dijatuhkan mahkamah, tidak menunjukkan sebarang reaksi menyesal di atas jenayah yang dilakukan. 

Ketua Hakim berkata, beliau membuat keputusan menjatuhkan hukuman itu kerana perbuatan dua lelaki itu sangat kejam dan kedua-duanya tidak menunjukkan tanda-tanda menyesal.

Sementara itu, ahli keluarga mangsa mengaku mereka berpuas hati dengan keputusan yang dijatuhkan oleh majlis hakim. 

"Alhamdulillah, keadilan ditegakkan," kata kakak mangsa, Dita. 

Dalam kejadian Mei tahun lalu, Eno Farihah ditemui mati dalam bilik sewanya dengan kemaluan ditusuk dengan kayu cangkul. 





Rahmat Arifin, Imam Hapriyadi yang merupakan teman lelaki mangsa, serta seorang remaja lelaki ditahan. Oleh kerana suspek remaja masih di bawah umur, dia dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun pada bulan Jun 2016 lalu. - The Reporter

Artikel berkaitan:
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment