Gadis Ini Berhenti Di RNR Untuk Tidur Sekejap Tetapi ‘Terbangun’ Dari Tidur Itu Selepas 3 Bulan !!!

Gadis Ini Berhenti Di RNR Untuk Tidur Sekejap Tetapi ‘Terbangun’ Dari Tidur Itu Selepas 3 Bulan !!! | PENDANG: Detik hitam apabila pengsan di dalam kereta dan akhirnya koma selama 3 bulan yang bermula pada pertengahan 2014 nyata mengubah kehidupan seorang gadis berusia 24 tahun.
“Jadi, ia memerlukan masa untuk rangsangan saraf itu kembali normal. Mungkin sebulan, mungkin setahun, mungkin lebih,” katanya.
Biarpun sekarang terpaksa bertongkat dan sesekali dilanda kesakitan, ia tidak menghalang Ummu Diyana menjalani kehidupan normal sebagai pelajar tahun pertama di UUM dalam bidang keusahawanan bersama 515 pelajar yang lain bermula pada 6 Februari lepas.
Malah, beliau mengakui tidak mengalami trauma untuk kembali memandu kereta dan menjelaskan, sudah pun kembali memandu tanpa masalah selepas disahkan sihat oleh doktor.
“Pengalaman mati hidup semula ini, nyata mengubah perspektif saya mengenai kehidupan. Ketika koma, kehidupan saya seolah-olah diimbas kembali.
“Jadi, saya akan gunakan peluang ini untuk melakukan yang terbaik. Saya mahu berjaya dalam pelajaran dan mahu mengubah kehidupan,” katanya.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment