Sayu : Makanan berterabur bersama jasad ..Pelajar maut motosikal rempuh bas potong tak lepas (6Gambar)

Sungai Petani : Jika sudah ajal, sayu melihat arwah yang tertirap maut ditempat kejadian dengan makanan yang dibeli berterabur berhampiran jasad arwah.
Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas di Kampung Sungkup, Jalan Bukit Selambau, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu,Mohd Shakir Aiman 20, menunggang Yamaha LC dalam perjalanan dari Jeniang menghala ke Bukit Selambau.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian yang berselekoh, mangsa bertembung dengan sebuah bas.




Innalillah.. arwah kemalangan pada jam 4.40 ptg 21/1/2017 ketika cuba memotong (tp x lepas) dan bertembung dengan sebuah bas di sebuah selekoh di jalan bukit selambau - jeniang.. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah Mohd Shakir Aiman pelajar auto sem 4 ILP Jitra ... Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH.. -Ayue Alliesya Awal
Menurutnya, pemandu bas berusia 52 tahun itu cuba mengelak namun gagal sebelum motosikal mangsa merempuh bahagian depan kenderaan itu dan tercampak.
"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al Wajdi, Bukit Selambau jam 11 pagi tadi.

via CeritaGempakKomuniti
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment