KUALA LUMPUR - Susulan kejadian pemandu lori dibelasah lima lelaki sehingga mendatangkan kecederaan teruk dan menerima 13 jahitan di bahagian belakang kepala, mangsa tampil menceritakan semula kejadian.
Soalan: "Adakah awak berkasar dengan dia semasa kejadian itu atau awak yang berkasar dengan dia?"
Nasrul: "Dia yang berkasar dengan saya,"
Soalan: "Awak melanggar dia atau sebaliknya?"
Nasrul: "Saya yang melanggar kereta dia tapi dalam kereta dia tak ada orang,"
Soalan: "Selepas itu bagaimana bodyguard itu datang pukul dan serang awak?"
Nasrul: "Dia datang, saya tanya dia dulu ini kereta dia ke? Kemudian dia pula bertanya ini lori siapa? Saya kata ini lori saya dan dia angkat tangan dia dan terus pukul saya," katanya tersekat-sekat.
Soalan: "Cerita saja, jangan takut. Ramai yang 'cover awak di sini, abang-abang lori ada semua di sini"
Nasrul: "Selepas itu, dia tarik saya ke belakang. Dia tarik baju saya, macam nak gaduh. Saya pun tarik dia dan hairan kenapa dia nak tumbuk saya,"
Soalan: "Ada tak awak nampak/dengar ada orang suruh mereka pukul awak?"
Nasrul: "Tak, saya hanya ingat seorang lelaki pukul saya dan dua lagi lelaki tendang saya. Itu saja yang saya ingat. Bila saya tengok video viral di Facebook, ramai yang tendang saya.
Soalan: "Ada orang halang awak buat laporan polis tak?"
Nasrul: "Yang halang itu ada. Ada yang cakap pada majikan saya yang mereka ini gengster besar,"
#Kualalumpur Temu bual pemandu lori yang dipukul sabtu lalu
Posted by Harian Metro on Saturday, 21 January 2017
Dalam perkembangan terkini, polis telah memanggil 15 orang saksi bagi membantu siasatan. Semua saksi yang dipanggil berkenaan adalah perakam video, pengawal keselamatan dan penduduk setempat, lapor Harian Metro.
Polis juga telah menahan seorang suspek berusia 42 tahun yang terkenal dengan panggilan 'Along Taman' jam 11.10 malam semalam di kediamannya.
Suspek kemudian bertindak agresif dan menyerang anggota polis yang membuat serbuan dan berlaku pergelutan di antara suspek dan anggota polis sebelum berjaya ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang untuk siasatan lanjut. - The Reporter
Artikel berkaitan:
Blogger Comment
Facebook Comment