Panas !!! Betul Ke Janna Nick ‘Anak Emas’ Shiela Rusly ????


#Sebelum ini drama bersiri popular ‘Syurga Nur’ telah berjaya menaikkan nama Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner. Kali ini pula lakonannya menerusi drama rantaian Slot Lestary TV3 yang berjudul ‘Kau Aku Kita’ membuatkan penonton tidak berganjak dari depan kaca televisyen bagi menyaksikan kesudahannya. Walaupun masih baru dalam bidang lakonan, Janna Nick sentiasa berusaha menjadi pelakon yang lebih baik pada masa depan. Malah dia menganggap segala tawaran yang diterima kini adalah rezekinya apabila penerbit mempercayai bakatnya yang ada. Namun ada yang menganggap, Janna sebagai ‘anak emas’ kepada penerbit terkenal, Sheila Rusly. Tidak mudah melatah, Janna menafikan dakwaan ini. “Janna mahu jelaskan bahawa anggapan ini tidak benar sama sekali. Penglibatan Janna dalam produk keluaran JS Pictures pasti menerusi perbincangan antara penerbit dan stesen TV terlibat. “Alhamdulillah watak itu bersesuaian dengan Janna dan jika tidak masakan penerbit berani mengambil Janna. Kak Sheila Rusly sangat menjaga kualiti produk keluarannya dan Janna rasa bertuah diberi peluang ini,” jelas pelakon ini kepada Media Hiburan. Sumber: Media Hiburan #
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment