Dari 14 hari ke 5 bulan penjara


SHAH ALAM, SELANGOR - Mahkamah Tinggi hari ini menaikkan lagi hukuman penjara 14 hari kepada 5 bulan terhadap pasangan suami isteri yang mengasari penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), November 2016, lapor Harian Metro

Pesuruhjaya Kehakiman Wong Teck Meng membuat keputusan itu kepada Lor Ka Hoo, 35, dan Tat Sit Fun, 30, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan diperintahkan menjalani hukuman bermula hari ini. 

Pendakwaan yang dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Iskandar Ahmad, Mohd Fairuz Johari dan Ng Wee Li, manakala tertuduh diwakili S Gabriel. 

Pada perbicaraan 25 November 2016, Majistret P Sarulatha menjatuhkan hukuman penjara selama 14 hari terhadap pasangan berkenaan selepas mereka mengaku bersalah mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam yang menjalankan tugas yang sah di sisi undang-undang. 

Mengikut pertuduhan, pasangan berkenaan menggunakan kekerasan jenayah terhadap Nurul Ain Isa, 23, ketika menjalankan tugas. Sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Couple who allegedly harassed female MBSA officer nabbed, to b...
Couple who allegedly harassed female MBSA officer nabbed, to be charged today
Posted by NST Online on Thursday, 24 November 2016

Dalam kejadian jam 10.30 pagi, Nurul Ain bersama seorang lagi rakan setugas menjalankan tugas di kawasan BRP 6/11 Bukit Rahman Putra dan mengeluarkan saman ke atas sebuah kenderaan yang tidak mempunyai kupon bayaran tempat letak kereta. 

Tindakan Nurul Ain itu mengundang kemarahan pasangan berkenaan sehingga mencetuskan pergaduhan. Insiden itu dirakam dan viral di media sosial. - The Reporter

Artikel berkaitan:

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment