Nasha Aziz seringkali disoal mengenai jodoh kerana umurnya kini sudah mencecah 45 tahun.
Dia tampil menjelaskan bahawa dia kini selesa hidup bersendirian.
Tetapi pelakon dan model popular ini mengakui dalam masa yang sama dia ada keluar temu janji bersama lelaki.
Katanya, sememangnya dia kerap ditanya oelh orang ramai bila ingin berkahwin.
Ini jawapannya: (BHarian)
Saya sudah terbiasa dengan soalan mengenai jodoh. Kawan-kawan saya juga selalu bercakap, mereka sentiasa mendoakan saya supaya segera bertemu jodoh. Saya tidak marah pun, malah saya anggap perbuatan mereka itu comel
Cuma saya ingin tegaskan, biarpun sendirian, saya tetap bahagia. Tidak pernah langsung saya anggap hidup solo itu sebagai satu kekurangan. Kebahagiaan bukan terletak kepada pasangan. Bagi saya, kita perlu hargai apa yang Allah kurniakan kepada kita
Bukan bermakna saya menolak jodoh kerana terus terang saya ada juga keluar dating. Tetapi kebanyakan lelaki yang saya temui tidak serasi dan bertentangan dengan apa yang saya cari,
Nasha kini masih selesa dan bahagia walaupun hidup masih solo.
Sam-samalah kita mendoakan agar pelakon jelita ini akan bertemu jodoh nanti.
Blogger Comment
Facebook Comment