Adakah Panadol Perosak Buah Pinggang?

Saya bukan ada saham syarikat panadol atau seumpamanya. Tetapi ingin kemukakan jawapan kepada satu mesej tular berkaitan bahayanya panadol.
Tanpa diketahui tujuan mesej tersebut, penulis cukup anti dengan panadol. Kononnya juga doktor hospital tidak ambil panadol dan mencari alternatif lain seperti perubatan Herba Cina.

Berikut tulisan yang ditularkan itu:
JANGAN AMBIL PANADOL ACTIFAST ATAU SOLUBLE LAGI…!
SILA SHARE KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN YE…!b
(Aku baru jer telan 2 biji actifast.)
BAru aku tahu kesan dan bahaya ubat ni. omg….
Mengapa tidak boleh ambil Panadol Actifast atau Soluble lagi..?
Ini adalah satu kisah dan kajian yang dilakukan, ikuti lanjut informasi ini di bawah.
UNTUK PENGETAHUAN,
ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…
“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol.  Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.
Alternative Treatment (Tips)
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.
Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda..!
◾◾◾◾◾◾
Berikut ini saya salin semula tulisan doktor terkenal ibu negara, Dr Ahmad Zakimi Abdullah mengenai panadol atau nama perubatannya paracetamol. 
Tulis beliau: 
Panadol (paracetamol/acetaminophen) dikatakan toksik pada badan adalah TIDAK BENAR. Panadol bukan ubat toksik pada badan jika ikut dose yg betul seperti disarankan oleh doktor atau pengeluar Panadol.
Dose yang disarankan adalah:
1. Tab paracetamol 1g bersamaan dengan 2 biji (500mg satu biji) setiap 6-8 jam sekali (maksima 4g sehari) untuk orang dewasa.
2. Untuk kanak2 sirap paracetamol adalah 15mg per kg dalam 6-8 jam (3-4 kali) sehari
3. Suppositories paracetamol yang dikenali ubat peluru (masuk rektum) 30mg per kg setiap 6 jam sekali (maksimum 5g sehari).
4. Paracetamol juga ada dalam bentuk intravenous (IV Perfalgan) diberikan 1g secara infusi dalam masa 15 minit (minimum tidak kurang dari 4 jam sekali: maksimum 4g sehari)
Paracetamol digunakan sebagai ubat demam (antipyretic) dan ubat tahan sakit (painkiller) yg paling selamat dan sesuai digunakan oleh kanak2, ibu2 mengandung dan tengah menyusu dan juga warga emas.
Dose toksik panadol (overdose) pada hati sebenarnya adalah >10g (20 biji) atau 200mg/kg berat badan. Yang ni memang skali nyawa kita jalan kerana kerosakan hati. Hanya beberapa perkara perlu berhati-hati jika anda adalah G6PD deficiency (possible risk of hemolysis), pesakit buah pinggang dan hati dan alahan pada paracetamol.
Panadol tinggal dlm tubuh selama 5 tahun adalah MITOS. Panadol hanya dalam badan selama 4-6 jam sahaja kemudian akan dikumuhkan.
Saya hanya menjawab satu artikel seperti dibawah yang banyak disebarkan dan circulate di media social khususnya di whatsapp. Ia akan membuatkan masyarakat jadi panik dan tidak mahu makan ubat. Saya sendiri berpengalaman jumpa pesakit yang kata pandol bahaya dan tak mahu mengambilnya setelah diberikan. Datang sakit demam jadi susah kami para doktor nak merawat.
Semoga tulisan pendek saya memberi sedikit info yang bermanfaat untuk semua.
◼◼◼◼◼
Sebagai doktor yang sudah berkecimpung dalam bidang ini merasakan maklumat yang tidak diketahui sumber perlu diteliti dahulu sebelum disebarkan. Kerana salah faham, salah tanggap dan salah amalan yang disarankan itu akan menimbulkan masalah kepada individu tarbabit atau masyarakat secara keseluruhannya. 
Semoga tulisan Dr Zek tersebut memberi manfaat berguna kepada kita semua. 
Sekian. 
Dr Suhazeli Abdullah 
http://ift.tt/2jnHJvE;
suhazeli.com
11.01.2017 
Kuala Berang 


via Bin Usrah
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment