39 ditahan buat aktiviti bogel di pusat peranginan Pahang


BENTONG, PAHANG - 39 lelaki dilaporkan berbogel dalam aktiviti sukan di sebuah pusat peranginan semalam. 

Peserta berusia di antara 19 hingga 23 tahun berkenaan melakukan aktiviti tidak senonoh itu dalam kem motivasi yang dianjurkan sebuah syarikat swasta kira-kira jam 6 petang. 

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, polis telah menahan kesemua peserta bagi membantu siasatan selepas menerima aduan daripada orang awam. 

"Polis mendapat maklumat daripada orang awam pada jam 6.12 petang semalam yang memberitahu ada sekumpulan lelaki berbogel menjalankan aktiviti di padang permainan di kawasan resort tersebut. 

"Kejadian berkenaan dipercayai berlaku apabila peserta terbabit menanggalkan pakaian untuk membentuk garisan panjang dalam satu permainan dinamakan "All Out" pada jam 5.30 petang. 

"Dalam permainan itu, peserta yang sudah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dikehendaki membuat garisan panjang dengan menggunakan alatan yang ada pada badan peserta. 

"Semas permainan ada peserta mulai menanggalkan pakaian untuk membentuk garisan tersebut dan menyebabkan keadaan berlarutan sehingga peserta mula menanggalkan kesemua pakaian serta berbogel," katanya 

Ekoran itu, polis menahan 9 fasilitator termasuk dua orang wanita bagi porgram motivasi yang dirancang selama 3 hari bermula Jumaat lepas bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan. 

"Kebanyakan yang ditahan adalah pelajar berusia antara 19 tahun hingga 23 tahun yang dihantar oleh ibu bapa mereka untuk mengikuti kursus motivasi di pusat peranginan berkenaan," katanya. - The Reporter

Sumber: Utusan Malaysia | Free Malaysia Today
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment