'Dia Buka Aib Sendiri, Kita Jangan Tolong Sebarkan Aib Dia Pula'

Video seorang gadis kacukan yang menari di sebuah kelab malam viral di media sosial cetus pelbagai reaksi netizen.

Gadis yang dikenali sebagai Coco itu difahamkan sebelum ini merupakan penari kebudayaan. Namun video slang bahasanya yang nampak seperti 'orang puteh' mula menarik perhatian netizen sehingga Coco dijemput ke program televisyen swasta.

Bagaimanapun, 4 Disember lalu video Coco berpakaian seksi dan menari di sebuah kelab malam di muat naik ke media sosial, mencetuskan pelbagai reaksi negatif netizen. Video itu kini telah ditonton 836,000 kali dan 11,000 lebih di laman Facebook.

Namun, jika difikirkan kembali, apa yang ditegur oleh wanita bernama Athyrah ini ada betulnya dan sewajarnya netizen tidak berkongsikan video tersebut, malah tidak melemparkan komen-komen yang tidak baik.

Baca teguran dari Athyrah ini, semoga ramai yang tidak lagi berkongsi video-video seumpama itu di wall Facebook masing-masing.


Oleh Saya Athyrah

Tentang video viral si Coco menari dalam kelab, harap tiada kawan yang share ya. Kalau ada yang share, sila Direct Message (DM) King Coco di Instagram dia dan minta maaf sebab pernah share tentang dia.

"Asal pulak nak kena minta maaf?"

Berdosa kita menghina orang. Allah tak suka kita hina orang. Rasullullah saw juga berpesan jaga mulut kita, jangan sesekali menghina orang.

Sahabat, yang sosial takkan kekal selamanya sosial. Yang baik takkan pernah tak buat kesilapan. Hidayah milik siapa? Hati siapa yang pegang? Taubat siapa yang terima? Hati siapa yang buka? Syurga dan negara, siapa yang tentukan? Siapa?

Sahabat, memang dia membuka aib dia tetapi itu urusan dia dengan Allah. Kalau kita nak tegur, kita tegur. Kalau kita nak nasihat, kita nasihat. Tetapi jangan sindir dan menghina. Kalau nak benci, benci perangai dia, bukan orangnya. Kalau kita tidak mampu nak menasihati dia, kita berdoalah semoga Allah swet membuka pintu hati dia, moga Allah kurniakan dia hidayah.

"Kita nasihat tapi tak makan nasihat??"

Kita boleh dakwah. Tetapi kita tak boleh paksa orang menerima dakwah kita. Sebab itu ada terselitnya ayat di dalam Al-Quran.

"Allah tidak memaksa hambaNya untuk beriman kepadaNya."

Allah tak paksa sebab Allah mahu melihat sendiri yang mana hambaNya yang benar-benar ikhlas beriman kepadaNya itulah yang layak ke syurgaNya. Yang mana tidak beriman, itulah yang dijadikan bahan bakar api neraka. Nauzubillahminzalik.

Kita nasihat, orang nak dengar atau tidak, terpulang. Sekurang-kurangnya kita sudah mengingatkan dia tentang perkara itu dosa. Tetapi dia tetap melakukannya juga, itu urusan dia dengan Allah. Kita? Jangan maki hamun dia.

Ini tidak, siap kongsi video dia. Ingat tak berdosa ke kongsi video dia? Ye, saya tahu dia sendiri yang membuka aib dia. Habis, kita yang kongsi video dia itu bukan kita juga 'tolong' bukakan lagi aib dia ke? Sebelum buat, fikir dosa pahala dulu, betul ke tidak perbuatan kita, cara kita betul ke, Allah suka tak dengan perbuatan kita ini? Kemudian kongsi pula video dia dengan kapsyen sindir perli dia bagai. Walaupun kongsi tapi tak sindir, ia tetap berdosa kerana kita bagi kawan-kawan di Facebook kita tengok aurat dia, cara lenggok goyang dia, dosa. Tengok dan selepas itu abaikan. Kemudian berdoa dalam hati,

"Ya Allah, ampuni hamba dan ampunilah hambaMu ini. Kurniakan hidayah kepadanya. Allahummaa aminn."

"Yang buka aib itu dia. Bukan kita?" 

Tapi boleh jadi terbalik tau. Yang buka aib itu dia, kami tolong sebarkan saja. Biar orang lain boleh tengok aib dia. Hati-hati, sejumlah besar perkongsian dari kita itu, maka sebanyak itulah dosa yang kita tanggung. Dan sebanyak mana orang komen dalam itu, sebanyak itu jugalah kita berdosa. Dosa membuka aib orang, sebarkan aib orang, hina orang, dosa dengan Allah, dosa dengan Coco.

Dosa dengan manusia hanya manusia yang boleh memaafkan. Ingat, bila mati nanti amalan baik kita tak dapat menanggung dosa kita sebab kita pernah tolong sebarkan aib orang. Tak dapat masuk syurga tetapi masuk neraka. Sebab apa? Sebab kita pernah kongsi aib orang. Kalau orang yang kita sebar itu memaafkan kita, barulah kita boleh lepas dari azab. Allah, barulah boleh masuk syurga Allah.

Sahabat, jangan lupa, kerana manusia jugalah kita boleh masuk syurga dan kerana manusia jugalah kita boleh masuk neraka. Berasa amanlah sesama manusia, jangan dihina dan dikeji. Orang berdoa untuk kebaikan kita dunia akhirat, Allah makbulkan. Kita aniaya orang lain, Allah akan makbulkan doa orang teraniaya. Jadi peliharalah hubungan sesama manusia.

Siapa sangka satu hari nanti Coco juga boleh berubah? Dulu kita tak pakai tudung, sekarang dah pakai. Dulu kita tak solat lima waktu, sekarang dah solat. Dulu kita tak pandai mengaji, sekarang dah pandai mengaji kan? Siapa yang boleh jamin hidup selamanya hidup kita jahil? Tanpa izin Allah swt, kita takkan boleh berubah ke tahap yang kita ada pada hari ini. Tanpa izin Allah kita takkan merasa ingin bertaubat dan tanpa izinNya jua, kita takkan hidup di dunia ini.

Orang hanya mampu jawab.

"Dah dia yang buka aib dia dulu. Kalau dia tak buka, tak adanya kami sebar dan maki dia"
"Allah suruh kita tutup aib kita jangan kita buka"

Betul dan jangan lupa, Allah swt juga suruh kita jangan sebarkan aib orang lain. "Share" itu sebarkan aib orang tau. Jangan tunding jari pada orang. Tunding jari pada diri sendiri juga.Ingat! Dalam tak sedar Coco sedang sebarkan aib diri dia sendiri dan dalam tak sedar Allah sedang menguji kita. Allah nak tengok kita beriman atau berpura-pura beriman.

Kita share kemudian letak kapsyen sindir si Coco. Dalam ayat sebut dosa pahala. Sebar aib orang itu juga dosa. Sindir itu juga dosa. Kutuk maki hina bagai itu juga adalah dosa.

Jauhkan diri kita dengan share pekara yang boleh merosakkan amalan kita. Main media sosial mainlah tetapi jangan libatkan diri dengan hal orang lain. Tak mampu tegur, berdoalah. Semoga Allah swt memakbulkan doa kita. Allahummaa aminn - Saya Athyrah | The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment