5 Perkara Yang Wajib Ada Sebelum Usia 35 Tahun

Sebelum usia 35 tahun, apa yang anda mahu capai? Rumah? Kereta? Itu sahaja? Tak cukup, sungguh dua perkara itu tak cukup sebab anda perlu capai lima perkara utama ini sebelum usia tersebut agar hidup anda stabil dan bebas masalah kewangan. 

Menurut pakar hartanah yang sudah tidak asing lagi namanya, Harith Faisal berkata, perancangan awal perlu dibuat sewaktu anda memperoleh gaji pertama lagi. Jadi, usahlah membuang masa dan mulalah merancang sekarang. Semakin cepat anda merancang, semakin cepat anda capai 5 perkara berkenaan. 



1. DUDUK RUMAH YANG SELESA

Umur dah masuk 35 tahun dah boleh dah fikir nak settle down kat mana. Sampai bila nak berpindah randah lagi, kan? Jadi, belilah rumah yang selesa untuk kau duduk bersama isteri dan anak-anak. Lagi best kalau dapat rumah bertanah. Boleh parking kereta depan rumah, kan? Tapi ikutlah kemampuan masing-masing ya.

2. DUA RUMAH UNTUK PELABURAN

Sebelum kau teringin duduk rumah sendiri, pastikan paling kurang kau ada dua biji rumah lain yang disewakan atau dijadikan pelaburan. Itu aset yang harganya akan naik. Dapat jugalah kau merasa cashflow ratus-ratus setiap bulan. Jadilah duit geli-geli. Bila usia milikan rumah dah matang, jual rumah tu, dapat untung lagi.

3. SIMPANAN ENAM BULAN GAJI

Kita jadi risau dengan kewangan dan pelaburan kita kalau kita tak ada simpanan enam bulan gaji kita ni. Saya lebih suka anggap simpanan ni adalah dana kecemasan. Bila kau cemas, kau pakai duit ni. Jangan berhutang dengan kawan. Apatah lagi buat personal loan sebab duit belanja tak cukup setiap bulan. Jangan. Jangan. Jangan!

4. SIMPANAN BULANAN TETAP

Kalau kau berjaya buat simpanan tetap setiap bulan, maksudnya tahap kewangan kau dalam keadaan baik. Sebab kau punya belanja kurang daripada gaji. Untuk yang bujang, simpanlah 30%-50% daripada gaji bulanan. Kalau dah kahwin, 10%-30%. Patutnya umur 35 tahun dah takda masalah nak buat simpanan tetap bulanan.

5. KERETA YANG MEMUASKAN

Dah sepuluh tahun menangguh nafsu nak pakai kereta best, kan. Jadi pada umur 35 tahun ni, apalah salahnya reward yourself. Bolehlah kau angkat satu kereta yang best-best. Mungkin bukan kereta idaman yang harga ratus-ratus ribu tu. Dapat yang harga RM100K++ pun okay sangat dah tu. Bawa family jalan-jalan pun selesa.

Nak capai semua ini mesti ada perancangan. Katakanlah mula bekerja pada umur 25 tahun. Kau kena capai semua ini dalam masa 10 tahun daripada sekarang. Rancang cepat!

Sebelum graduate nak buat apa, dapat gaji pertama nak buat apa, selepas setahun bekerja nak capai apa. Lagi lambat kau mula merancang, lagi susahlah kau nak capai 5 perkara di atas itu. Takkanlah umur 35 tahun masih nak duduk menyewa, hisap rokok paw kawan, tengok wayang dengan awek, hujung bulan baki dalam akaun tinggal RM10, tak ada simpanan, pinjam duit mak bapak.

Tak nak gelak. Nanti ada orang sentap. Ops!

Nota: Kalau kau dapat capai semua ini pada umur 30 tahun lagilah bagus. Tak ada siapa nak halang kau. Konsepnya, lagi cepat, lagi bagus. Nak beli rumah, tapi tak ada modal? Belajar tip dan panduannya kat sini. - Harith Faisal
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment