'Kami Dibayar $100 Bagi Setiap Sasaran Yang Dibunuh...' - Pasangan Suami Isteri Bekerja Sebagai Pembunuh Upahan Di Filipina Untuk Sara Hidup


MANILA - Satu pasangan suami isteri mengakui bahawa mereka telah membunuh hampir 800 penagih dadah dalam usaha membanteras pengedar dan penagih dadah di negara itu, lapor Daily Mail

Ace dan Sheila yang mengetuai beberapa kumpulan 'Death Squad' itu mendedahkan bahawa, setiap pengedar atau penagih dadah yang dibunuh, mereka dibayar dengan upah $100. Mereka yang juga mengakui menerima arahan dari seorang pegawai polis tidak menolak bahawa kumpulannya bertanggungjawab terhadap pembunuh seramai 2,730 dari jumlah 4,000 yang terlibat dalam peperangan membanteras golongan berkenaan. 

Jelas Ace, mereka perlu meletakkan kad yang dilabel dengan pengedar atau penagih sebagai tanda 'mangsa' telah dibunuh oleh pembunuh upahan dengan jayanya.

Kumpulan pembunuh upahan ini diwujudkan bagi menjayakan usaha Presiden Rodrigo Duterte yang telah berikar akan menghapuskan 100,000 pengedar dan penagih dadah sekiranya dia dipilih untuk menjawat jawatan nombor satu negara itu.

Presiden Filipina Rodrigo Duterte, berikrar mahu menghapuskan 100,000 pengedar dan penagih dadah
Menurut Ace, mereka akan dihubungi oleh seorang pegawai polis yang tidak didedahkan identitinya yang juga dianggap sebagai majikan mereka, akan memberi nama dan gambar sasaran yang perlu dihapuskan. Mereka diberikan tempoh selama tiga hari untuk menghapuskan sasaran. 

Bagaimanapun, perancangan yang rapi perlulah dibuat pada hari pertama untuk mengekori gerak geri sasaran sebelum Ace dan kumpulannya bertindak menghapuskan sasaran pada hari kedua. 

"Kami tak lepaskan tembakan sekali saja, namun berkali-kali bagi memastikan mereka benar-benar mati," katanya. 

Ace dan Sheila mula bekerja sebagai pembunuh upahan kerana itulah satu-satunya cara untuk mereka menjana pendapatan. 

Ace, terpaksa melakukan kerja ini bagi menyara keluarganya.
"Sejak dari awal lagi, apabila saya melakukan kerja ini, saya tahu ianya amat berisiko. Tetapi jika saya tidak melakukannya, saya tidak dapat menyara keluarga saya sebab saya tak dapat buat kerja lain selain dari kerja ini," kata Ace. 

"Lebih baik saya teruskan saja. Jika saya menolak, keadaaan akan berubah di mana saya akan dibunuh oleh majikan. Jadi, lebih baik saya ikut saja arahan mereka.

Jelas Ace, adakalanya kumpulannya berdepan dengan keadaan yang sukar untuk mendekati beberapa sasaran mereka. Dari situ, Ace berfikir mungkin isterinya, Sheila boleh membantu dengan menggunakan kelebihannya sebagai wanita.

Sheila, turut berkecimpung dalam kerjaya sama setelah suaminya meminta bantuannya untuk mendekati sasaran
"Saya mula bekerja dengan mereka bila mereka mengalami masalah untuk mendekati sasaran. Hampir seminggu mereka tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberi menyebabkan majikan berang dan marah. 

"Jadi, suami saya mendapat idea untuk melibatkan saya sekali dan apabila saya mencuba, saya berjaya melakukannya," kata Sheila. 

Menurut Sheila, dia terpaksa berpakaian seperti penari kelab malam dan mendekati sasaran dan membunuhnya apabila mendapat peluang. 

Antara pengedar dadah yang mati ditembak dilabelkan dengan 'pusher'


Meskipun adakalanya mereka terasa bersalah kerana membunuh ratusan orang, namun keadaan terlalu memaksa mereka untuk meneruskan kerjaya sebagai pembunuh upahan atau sebaliknya mereka akan dibunuh.

"Bila balik ke rumah, tengok muka anak-anak, rasa bersalah sangat. Tetapi saya beritahu pada diri saya bahawa orang yang saya bunuh itu adalah manusia yang jahat. Banyak kehidupan orang lain yang akan musnah jika mereka tidak dihapuskan. Jadi, golongan pengedar dan penagih dadah ini mesti mati dan sudah tentu ini bukan salah saya. Saya tak buat apa-apa kesalahan. Jika mereka bukan orang yang jahat, tentu mereka tidak akan berdepan dengan situasi seperti ini. 

"Kalau saya berhenti sekarang, situasi akan menjadi terbalik di mana salah seorang daripada kami pula akan dibunuh. Jadi kami benar berharap kerja yang diberikan dapat diselesaikan. Bagi kami, itu adalah kerja. Bila ada kerja, adalah upahnya," kata Sheila. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment