BINTANG filem Munafik, Pekin Ibrahim menyuarakan tanda sokongan terhadap kempen terajang cermin sisi kereta yang hangat dibicarakan di media sosial beberapa hari lalu.
Jelasnya, walaupun tindakan itu kasar tetapi bagus untuk mendidik pengguna lorong kecemasan bahawa perbuatan mereka itu mengundang masalah kepada pihak lain.Cara itu kasar tetapi ia bagus untuk kesedaran kepada orang ramai.
Pemandu kereta yang menggunakan lorong kecemasan bukan saja membahayakan nyawa penunggang motosikal tetapi menyusahkan pengguna yang lain jika berlaku sebarang kecemasan, katanya.
Terdahulu, video sekumpulan penunggang motosikal menerajang sisi cermin kereta dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Iela Fadila pada penghujung Mei lalu menjadi viral di laman sosial.
Kempen tersebut dihasilkan berikutan berlaku kemalangan mengorbankan dua beradik, penunggang dan pembonceng motosikal di Lebuhraya Utara Selatan akibat kelewatan ambulans tiba di tempat kejadian kerana kesesakan yang berlaku pada lorong kecemasan.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Ismail Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan pemandu yang menggunakan lorong kecemasan.
Tambahnya lagi, pesalah laku akan diheret ke muka pengadilan yang memperuntukkan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak kurang setahun. -MYNEWSHUB.CC
Blogger Comment
Facebook Comment