Isteri Mana Yang Tahan !! Kalau Hari-Hari Asyik Whatsapp Suami Dia !! Adoi la.. Perempuan Macam Ni Pun Ada !!


Kisah benar cerita ini diambil di facebook Kisah Rumah Tanggan
Assalamualaikum.. saya nak minta semua doakan kebahagian dalam rumahtangga saya. Bertahun hidup dengan gangguan perempuan ni yang tak habis-habis cari suami saya. Memang saya akui, suami juga bersalah bila awalnya melayan dia tapi sekarang dia betul2 nak berubah.
Saya kenal dia Saya yang tak izinkan dia block nombor perempuan tu sebab saya nak tengok sejauh mana perampuan tu nak menganggu hidup kami. Bila call, whatsapp, telegram dan sms tak di layan dek suami, sekarang dia gunakan pula nombor kawan-kawannya yang lain.




Bukan saya nak viralkan cerita ni, mohon rakan KRT ramai-ramai doakan supaya dia stop jadi parasit dalam rumahtangga saya boleh tak?? Nombor saya semua dia dah block, so tak dapat dah saya nak maki hamun dia.
Untuk makluman, saya sebenarnya izinkan suami untuk berkahwin dengan dia. Ibu perempuan tu sendiri pun saya dah jumpa dan cakap saya tak halang kalau dia orang nak khawin.
Masalahnya suami saya memang tak nak khawin, depan saya dan perempuan itu sendiri dia cakap yang dia tak akan khawin lain. Malah katanya kalau pun dia bercerai dengan saya, dia tak akan berkahwin dengan perempuan.
Rumahtangga saya betul-betul huru hara gara-gara perempuan ni. Kami pernah bercerai tapi rujuk kembali. Satu-satunya sebab kenapa suami saya terpaksa melayan dia ialah kerana perempuan tu akan menganggu dia tak kira di office malah pernah datang ke rumah saya beberapa kali.
Saya tak boleh nak biarkan hal ni berterusan walaupun tau apa sebab suami masih bersama dia. Isteri mana yang sanggup kan?
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment