Perut terburai dan paha terkoyak terkena serpihan sinki pecah


KUALA LUMPUR - Dua kanak-kanak lelaki parah selepas terjatuh dalam bilik air dan terkena serpihan sinki pecah ketika mandi di kediaman mereka, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 11 pagi semalam, Muhammad Darwisy Norhazliysam, 6, cedera di bahagian paha, manakala adiknya, Muhammad Adam, 4, cedera di bahagian perut. 

Menurut Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur, Baharuddin Dol Majid, berkata, kejadian itu disedari oleh ibu mangsa selepas terdengar jeritan dua beradik berkenaan. 

"Ibu mangsa meminta bantuan jiran sebelum memaklumkan kepada APM. Apabila tiba di lokasi kejadian jam 11.16 pagi, kami mendapati kedua-dua mangsa cedera parah di perut dan kedua belah paha. 

"Kami memberi rawatan awal sebelum menghantar kedua-dua mangsa ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut," katanya. 

Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila salah seorang daripada mangsa memanjat sinki yang diperbuat daripada batu seramik sebelum terjatuh. 








Sementara itu, bapa saudara mangsa, Ridhwan Wahid, berkata, abangnya, Norhazlisyam, hanya mengetahui kejadian yang menimpa anak-anaknya itu pada jam 11.30 pagi selepas dimaklumkan isterinya. 

"Abang, balik cepat tengok anak. Perut terburai, darah banyak keluar" kata isterinya. 

Perkongsian gambar yang dimuat naik oleh Ridhwan itu sejak jam 6.44 petang semalam telah dikongsi 15,552 kali dan 21,000 likes. 
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment