Pelajar Tingkatan 5 dirogol 2 remaja lelaki di pondok belakang sekolah


KOTA KINABALU, SABAH - Dua pelajar sekolah menengah masing-masing berusia 16 dan 17 tahun ditahan polis, kira-kira jam 5 petang, Khamis lalu, lapor China Press

Dua remaja terbabit ditahan atas tuduhan merogol seorang pelajar rempuan berusia 17 tahun. 

Difahamkan kejadian rogol itu berlaku tiga bulan yang lalu. Bagaimanapun, kejadian itu hanya diketahui selepas gambar yang dirakam dua remaja berkenaan tersebar. 

Gambar-gambar yang tersebar itu juga akhirnya sampai ke tangan guru disiplin yang kemudian memanggil dua remaja terbabit dan mangsa datang ke pejabatanya untuk disoal siasat. 

Menurut laporan, kejadian rogol itu berlaku pada 1 April di mana dua suspek terbabit meminta mangsa datang ke pondok kecil di belakang sekolah untuk berbincang. 

Apabila mangsa tiba, kedua-dua remaja itu menarik mangsa secara paksaaan ke dalam pondok dan mengunci pintunya sebelum merogol mangsa bergilir-gilir. 

Mangsa kemudian diugut agar tidak memberitahu kepada sesiapa mengenai kejadian itu atau mereka akan bertindak mencederakannya jika dia berbuat demikian. 

Semasa kejadian itu berlaku, suspek juga berkesempatan merakam perbuatan rogol itu dan gambar-gambar tersebut tersebar sejak 5 Julai lalu. 

Polis telah menahan dua suspek terbabit untuk siasatan lanjut, manakala mangsa telah dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. 
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment