Guru lelaki diculik dan dirogol 3 wanita


CHITUNGWIZA, ZIMBABWE - Seorang guru lelaki mendakwa dia telah diculik dan disuntik dengan dadah, sebelum dirogol oleh tiga orang wanita baru-baru ini, lapor Daily Mail.

Mangsa yang berusia 39 tahun, tinggal di bandar Makoni, Chitungwiza itu mengalami kecederaan teruk pada zakar, dikejarkan ke Hospital Waza. 

Pemeriksaan doktor mendapati, terdapat tanda-tanda keganasan seksual. 

"Ketika berada di stesen bas, kumpulan wanita terbabit menumpangkan saya untuk naik kereta mereka yang dipandu seorang lelaki. 

"Mereka turut menawarkan air minuman kepada saya menyebabkan saya pening kepala tidak beberapa lama selepas itu dan akhirnya tidak sedarkan diri," kata mangsa. 


Selepas tersedar, mangsa mendakwa dia dipaksa melakukan hubungan seks dengan sekumpulan wanita itu sambil tangannya diikat. Jika mangsa menolak, dia akan ditembak dengan pistol. 

Dua hari kemudian, mangsa ditinggalkan di tepi jalan sebuah perkampungan. 

Pihak polis kini sedang mencari tiga wanita terbabi yang didakwa sebahagian daripada geng perompak air mani. Kumpulan tersebut menyasarkan mangsanya yang terdiri daripada pelancong dan hasil air mani itu akan dijual untuk mendapat tuah.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment