'Buat report polis cepat' - Suspek takut dibelasah orang ramai


AMPANG, KUALA LUMPUR - Seorang lelaki cedera di bahagian kepalanya akibat dihentak dengan 'forklock' ketika cuba menjual telefon bimbit, Isnin. 

Dalam kejadian jam 2 petang di Taman Kosas, mangsa, Ameer Farhan, terpaksa bergelut dengan seorang lelaki yang cuba melarikan telefon bimbitnya itu. 

"Ahad lalu, saya telah mempamerkan iklan di Facebook untuk menjual sebuah telefon bimbit jenis Samsung S6 dengan harga RM750. Selepas itu ada seorang lelaki menghubungi saya melalui aplikasi WhatsApp memberitahu bahawa dia berminat untuk membeli telefon itu," katanya.

Ameer kemudian membuat temujanji dengan suspek jam 2 petang, Isnin, di Taman Kosas. 

Pada hari kejadian, mangsa telah datang berjumpa dengan lelaki terbabit yang datang bersama dua orang rakannya. Namun semasa sedang berbincang mengenai telefon bimbit yang hendak dijual, lelaki terbabit cuba melarikan telefon bimbitnya itu bersama dengan rakannya yang sedang menunggu di atas motosikal. 

"Saya cuba menghalang dia daripada melarikan diri. Kemudian berlaku pergelutan di antara kami. Saya pegang dan tarik badan lelaki itu sehingga terjatuh. 

"Kemudian rakannya datang ke arah saya dan menghentak kepala saya menggunakan forklock. Saya terus menjerit meminta tolong orang awam. 


Orang awam yang menyaksikan kejadian itu kemudian bergegas membantu mangsa menangkap suspek. 

Mangsa kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. 



Dalam video yang dimuat naik oleh Ameer itu menunjukkan suspek menggesa orang awam membuat laporan polis segera, dipercayai bimbang dibelasah oleh orang awam. Suspek juga sempat diberi peluang untuk menghisap sebatang rokok sebelum diserahkan kepada pihak polis. 
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment