Menurut Nenek Jowo atau nama sebenar, Harni, 61, berasal dari Madura, Jawa Timur, tuduhan yang mengatakan dia kononnya telah merogol remaja terbabit sebanyak 10 kali dan memberi upah 15,000 rupiah (RM4.80) itu adalah fitnah dan dia tidak pernah melakukan perkara terkutuk itu.
Harni bekerja sebagai tukang urut untuk menyara kehidupan dia dan suaminya, Gimin, 70, yang seringkali sakit. Adkalanya Harni mengambil upah untuk mencuci pakaian jiran-jirannya. Selain itu, Harni juga mencari barang kitar semula untuk dijual.
"Astaghfirullah. Sia-sia saya solat kalau saya melakukan perkara seperti itu. Apa untung saya? Demi Allah, saya tidak pernah melakukannya.
"Dia (remaja 13 tahun) kerap meminta duit dari saya. Padahal, dia gunakan duit itu untuk main internet. Sekarang dia pula menuduh saya yang bukan-bukan," katanya.
Harni menjelaskan, tuduhan yang dilemparkan terhadapnya itu kerana remaja berkenaan tidak puas hati dimarahinya kerana dia berkelakuan nakal dan selalu meminta wang ketika dia sedang sibuk dan tidak mempunyai wang.
"Dia selalu datang meminta wang sedangkan saya tiada wang. Tidak salah saya memarahinya dan mungkin kerana itu dia pulang dan mengadu kepada ibunya," katanya.
Difahamkan, Harni pernah cuba bertemu dengan keluarga itu namun mereka selalu mengelak dan melarikan diri. Oleh kerana itu, Harni terpaksa mengirimkan surat untuk memohon maaf kepada keluarga remaja itu untuk kejadian sebelumnya.
"Mereka selalu lari bila saya cuba menemui mereka. Maka saya kirimkan dut surat memohon maaf akan kejadian yang sebelum ini.
"Tiada maksud yang lain, saya masih memikirkan yang baik-baik saja. Saya bersedia memberi kerjasama kepada pihak polis kerana saya tidak pernah melakukan perkara yang jahat terhadapnya.," kata Harni.
Blogger Comment
Facebook Comment