Amar dan Amyra sepakat buka akaun media sosial untuk bakal anak sulung


KUALA LUMPUR - Suami kepada pelakon Amyra Rosli, Amar Baharin, 32, mahu membuka akaun media sosial untuk bayi sulungnya yang bakal dilahirkan pada penghujung Oktober nanti, lapor Harian Metro.

Amar berkata, dia tidak mempunyai masalah dengan hal itu memandangkan ramai selebriti yang berbuat demkian. Malah adalah penting baginya untuk berkongsi tentang bayi sulungnya itu dengan para peminat.

"Saya dan isteri sepakat untuk membuka akaun media sosial untuk bayi kami nanti. Terpulanglah orang suka atau tidak. Tetapi bagi kami, ia penting kerana boleh dijadikan kenangan. 

"Lagipun ini trend sekarang. Jadi kenapa saya tak boleh buat? Rata-rata semua orang ada akaun media sosial dan koleksi gambar mahupun video yang dikongsikan itu boleh jadi kenangan 20 tahun akan datang. Tak salah, kan?" katanya kepada Harian Metro. 

Amar menemani Amyra di hospital yang pada mulanya mengalami sakit perut dan kemudian disahkan mengandung tujuh minggu
Mengenai bayi sulung mereka yang bakal dilahirkan nanti, Amar berkata dia masih belum tahu jantina anaknya itu berikutan doktor tidak dapat mengesahkan jantinanya walaupun sudah beberapa melakukan imbasan. 

"Sehingga kini kami belum tahu jantina bayi kerana asyik terlindung apabila melakukan imbasan. 

"Doktor ada juga melakukan beberapa perkara untuk mengenal pasti jantina bayi, tetapi tidak behasil. 

"Tak kisahlah bayi lelaki atau perempuan, kami terima dengan hati yang terbuka. Apa yang penting adalah, bayi sihat," katanya. 


Amar dan Amyra bernikah pada 11 November 2016. Pada 14 Mac lalu, doktor mengesahkan Amyra telah hamil selama tujuh minggu.

Dalam kenyataan kepada Astro Gempak, Amar merancang mahu menimang empat orang cahaya mata bersama isterinya kerana tidak sabar mahu menjadi bapa. 
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment