Mari Amalkan Doa Untuk Orang Tua Yang Sudah Meninggal Dunia Sebagai Penyambung Pahala Mereka di Alam Barzakh

Image result for Mari Amalkan Doa


Sahabat yang dirahmati Allah, Ibu bapa adalah orang yang paling berjasa kepada anak-anaknya. Bermula daripada kesusahan ibunya mengandung selama 9 bulan 9 hari. Kesusahan melahirkan anak-anak dan menyusukan dan membesarkan mereka.

Apabila ibu atau bapa kita sudah meninggal dunia atau kedua-duanya sudah kembali kerahmatullah, sebagai anak apakah hadiah dan bantuan terbaik yang dapat kita berikan tanda kita kasih dan sayang kepada kedua ibu bapa kita? 

Dan sebagai tanda penghargaan kita sebagai seorang anak yang soleh atau solehah? Tentu saja mendoakan orang tua yang telah meninggal dunia.

Pemberian yang paling berharga dan ditunggu-tunggu dari anak-anak oleh roh arwah ibu ayah yang telah pulang ke rahmatullah adalah doa yang berterusan daripada mereka. 

Oleh kerana itu, jangan sesekali lupa untuk doa dan sedekahkan kepada mereka berdua. Doa seorang anak soleh kepada arwah bapanya adalah amalan yang dapat membantu dan boleh menjadi penyambung pahala mereka di alam barzakh.

Berikut adalah doa untuk dibaca dan diamalkan selalu oleh mereka yang bapanya telah meninggal dunia sebagai amalan harian.




Sumber : http://ift.tt/2fPQZsP



via Bin Usrah
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment