Majikan terkejut, pembantu rumahnya buat pinjam wang dari 6 ceti haram (Ah Long)


Pembantu rumah saya (warga Filipina) telah bekhidmat dengan kami selama tujuh tahun rupa-rupanya telah membuat pinjaman dengan enam ceti haram atau Ah Long. Keseluruhan proses itu telah dilakukan secara elektronik, WhatsApp dan pemindahan wang secara online.  

Sedangkan dia tidak pernah menemui mereka dan hanya menghantar gambar permit kerjanya yang tertera nama dan alamat rumah kami. Malah dia juga turut memberikan nombor telefon bimbit dan nombor kediaman kami. 

Beberapa hari kemudian, Ah Long mula menghubungi saya apabila pembantu rumah gagal membuat pembayaran. 

Ah Long berkenaan telah menghubungi saya dan meminta bayaran sebanyak S$1,000. Saya tanya pembantu rumah dan dia mengakui telah membuat pinjaman dari pihak pemberi pinjaman wang yang sah. Namun hutang itu telah dilangsaikan tanpa sebarang masalah. 

Kemudian saya menghubungi pihak berkenaan untuk tujuan pengesahan. Kakitangannya memaklumkan berkemungkinan itu panggilan scam. 

Di hari kedua, Ah Long yang sama menjelaskan pembantu rumah saya ada membuat pinjaman itu dengan pihaknya dan dia baru saja bermesej dengan wanita itu. Pembantu rumah pula menipu saya kononnya rakan dia gunakan permit kerjanya untuk membuat pinjaman peribadi.

Hari ketiga, wakil Ah Long yang lain bernama Eric pula menghubungi kami. Suami cuba selesaikan masalah itu dengan baik oleh. Namun timbul kemusyikalan bagaimana pinjaman asal $100 berubah menjadi S$400 termasuk kadar faedah yang semakin meningkat. Eric juga meminta bayaran sebanyak S$8,000. 

Jelas Eric, kadar faedahnya makin meningkat setiap hari di mana kadar faedahnya naik dua kali ganda setiap hari. 

Akhirnya kami buat laporan polis, tetapi tiada sebarang tindakan dari pihak polis. Saya juga bimbang kerana kami tinggal di kondominium tertutup. Jadi saya meminta pihak pengawal keselamatan untuk lebih berwaspada. 

Selesai urusan di balai, suami terus hantar wanita itu pulang ke negara asalnya. Selagi dia berada di Singapura, kami rasa terancam dan tidak selamat. 

Bagi mengelakkan diganggu Ah Long, saya terpaksa tukar nombor telefon bimbit baru, nombor rumah baru, delete akaun Facebook dan padam gambar-gambar yang berada di dalam Facebook bekas pembantu rumah.

Selepas insiden itu, saya ambil dan periksa telefon bimbit bekas pembantu rumah dan inilah kali pertama saya periksa telefon bimbitnya setelah 9 tahun dia berkhidmat dengan kami. 

Berdasarkan maklumat yang diperolehi dalam telefon, wanita Filipina itu selalu tidur dan menjadi model sambilan setiap hari Ahad. Selain itu dia juga selalu berkunjung ke pusat hiburan, makan di tempat-tempat mahal seperti hotel atau restoran. 

Tidak hairanlah dia memerlukan wang yang banyak untuk menanggung gaya hidup mewahnya itu. Dua bulan sebelum insiden itu, saya telah memberikan 'duit advance' kepadanya. 

Dari pengalaman ini, saya belajar dari kesilapan yang mana kita tidak sepatutnya terlalu memberi kebebasan kepada pembantu rumah.

Sumber: Katrina, Singapore Uncensored
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment