Ada ke patut panggil suami 'shuben'?


Entah dari mana datangnya panggilan 'Shuben' ini, namun dilihat sudah mula menular di media sosial sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sama ada terikut-ikut atau memahami maksud sebenarnya atau kebetulan sahaja, tiada siapa yang tahu. 

Tetapi bagi yang tidak tahu maksud perkataan shuben itu, lebih baik berhenti menggunakan panggilan itu pada suami. Bak kata lelaki ini, tak pasal-pasal derhaka dalam diam. 

Saya perasan orang perempuan duk taip 'shuben' yang ditujukan pada suami mereka. Pada mulanya saya tidak faham apa benda shuben itu. Setelah diselidik, rupa-rupanya merujuk kepada perkataan 'Husband' (suami). 

"Oh begitu rupanya"

Cuma mungkin 'shuben' ini kedengaran agak manja sikit bunyinya. Ala-ala budak kecil baru pandai bercakap tetapi pelat. 

Saya pula jenis yang suka Google perkataan-perkataan pelik ini. Manalah tahu kalau ada makna yang lain. Rupa-rupanya makna perkataan shuben itu adalah jerk! Maksud jerk ada di komen pertama, dengan kata lain maksudnya ialah:

SELFISH AND BASTARD


Jadi sesiapa yang duk gelar suami dia shuben selama ini, cepat-cepat pergi minta maaf. Nanti derhaka dalam diam pula. Ada ke patut panggil suami, shuben? Hahaha! 

Para suami tag isteri-isteri korang ye. Semoga tak tidur di luar malam ini. 

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment