(Video) DJ 'Hanat' dah mabuk, tak mengaku pulak


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki bekerja sebagai DJ kelab malam yang cuba memburukkan imej polis trafik dengan merakam dan menularkan video tentang dirinya ditahan dan dibawa ke balai untuk ujian alkohol, disahkan positif dengan bahan tersebut, lapor Berita Harian

Lelaki berusia 31 itu pada awalnya ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dalam operasi sekatan jalan raya di Jalan Sungai Besi - Jalan Tun Razak, jam 3 pagi semalam. 

Ketika di lokasi, anggota yang menjalankan ujian pernafasan ke atasnya selepas mengesyaki lelaki itu memandu di bawah pengaruh alkohol mendapati positif mengambil bahan itu dan ditahan sebelum dibawa ke Balai Trafik Kuala Lumpur di Jalan Tun H S Lee untuk melakukan ujian kedua. 

Ketika dalam perjalanan menaiki kereta polis, lelaki itu bertindak merakam video dan mendakwa kononnya dirinya tidak mabuk, sebaliknya dipaksa mengaku oleh anggota yang menahannya, selain turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota dan mendakwa penahanannya itu satu tindakan yang membazir masanya. 

Bagaimanapun Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, hasil ujian pernafasan kali kedua yang dijalankan mengesahkan lelaki itu berada di bawah pengaruh alkohol apabila bacaan yang ditunjukkan melebihi had yang dibenarkan iaitu, 84 miligram (mg) alkohol per 100 mililiter (ml) darah. 


"Tindakan suspek merakam video itu adalah kerana tidak berpuas hati selepas ditahan polis. Memang prosedur apabila seseorang itu ditahan, kita akan buat ujian pernafasan kali pertama di lokasi. Jika didapati positif alkohol, kita akan bawa ke balai untuk buat ujian kali kedua," katanya. 

Susulan viral video tersebut, polis telah membuat satu laporan di IPD Dang Wangi bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998. Lelaki itu juga diserahkan kepada polis Dang Wangi untuk tindakan lanjut. "Bagi kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, lelaki itu akan didakwa di Mahkamah Trafik Jalan Duta, esok," katanya. 
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment