Mufti Perlis: Perokok Tidak Patut Ambil Zakat Ataupun Derma


Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin mahu wang zakat atau derma diberikan kepada golongan yang benar-benar miskin dan mencadangkan supaya perokok tidak mengambil wang itu.

Dalam catatannya di Facebook, beliau berkata, ini kerana perokok adalah orang kaya.

“Jika ada yang bertanya saya, wajarkah beliau berikan zakat ataupun derma kepada orang yang mengaku miskin tapi merokok? Saya pasti menjawab tidak! Carilah orang yang benar-benar miskin.

“Orang yang merokok merupakan orang kaya. Dia membazirkan wang untuk sesuatu yang bukan sahaja sia-sia, bahkan merosakkan diri sendiri dan orang di sekitarnya.

“Hanya orang yang berlebihan wang sehingga tidak tahu mahu lakukan apa lagi sahaja yang boleh lakukan hal itu. Apatahlagi rokok sekarang harganya mahal,” katanya.

Bagi Asri, perokok tidak termasuk dalam asnaf fakir ataupun miskin yang patut mengambil wang zakat ataupun bantuan kewangan yang lain.


Ini kerana, katanya, golongan itu akan membazirkan wang dengan membakar dan merosakkan diri serta orang lain.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada pada 23 Mac 1995 telah memutuskan tabiat merokok itu haram mengikut pandangan Islam.

Namun peraturan itu tidak pernah dikuatkuasakan.

Sumber: Malaysia Kini


via Bin Usrah
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment