Lelaki ugut ceraikan isteri jika lapor bapanya rogol anak perempuan mereka


Dari Twitter Nabila

Tadi pergi Emergency Department (ED), temankan kakak aku ambil steths dia tertinggal. Dia posting emergency sekarang. Jadi, doktor yang stress itu cerita tentang seorang kanak-kanak ini sebab ibu kanak-kanak itu baru saja beredar.

Anak perempuannya berusia 6 tahun datang ke Jabatan Kecemasan dan mengadu sakit di bahagian kemaluan. Selepas diperiksa, didapati ada kesan koyakan. Jadi, doktor tanya dia duduk dengan siapa. Ibunya kata, dengan datuk dan neneknya. 

Selesai menjalani pemeriksaan lanjut. Kanak-kanak perempuan itu telah disahkan dirogol oleh datuknya sendiri. Apa yang mengejutkan, nenek dia tahu kejadian ini. 

Kemudian ibu mangsa bercakap dengan suaminya mengenai kejadian ini dan kau orang tahu apa yang suami di kata? 

"Kau jangan berani report polis. Aku ceraikan kau nanti!" 

Disebabkan itu si ibu tidak berani membuat laporan polis kerana bimbang diceraikan. Fvck selfish nak mampus! 

Kemudian doktor kata, "Ini bukan tentang awak dan hubungan awak dengan suami, tetapi tentang masa depan anak perempuan awak yang akan membesar dalam keadaan trauma. Jika kejadian ini tidak dihentikan, dia akan gian dengan seks. 

Jadi si ibu buat laporan polis dan tidak lama selepas itu, dia diceraikan. Setakat itu sahaja ceritanya. 

Saya tidak tahu siapa yang paling bodoh. Nenek dia tahu kejadian itu tetapi mengambil keputusan untuk berdiam diri atau si suami yang bermati-matian mempertahankan bapanya kaki rogol dan ceraikan isterinya tanpa alasan yang munasabah serta biarkan anak perempuannya begitu sahaja. 

Rasanya perkara itu sudah lama berlaku. Si ibu datang untuk follow up yang mana saya fikir dia sudah diceraikan. Saya pun berasap bila dengar cerita dari doktor tadi. Kemudian doktor kata,

"You are going to deal with this kind of cases soon, brace yourself."  
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment