Kanak-kanak lelaki meninggal dunia akibat patah tulang rusuk & pankreas terkoyak


KAJANG, SELANGOR - Pembantu taksa dan teman lelakinya ditahan susulan kematian anak lelakinya berusia dua tahan akibat kecederaan dalaman, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 6.55 pagi semalam, mangsa yang mengalami pernafasan yang tidak stabil itu dikejarkan ke Hospital Kajang oleh ibunya. Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia selepas beberapa minit menerima rawatan. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, pemeriksaan awal mendapati banyak kesan merah dan bengkak di bahagian kepala dan badan mangsa. 

"Hasil bedah siasat mengesan tulang rusuk sebelah kanan mangsa patah dan pankreas terkoyak. Terdapat juga banyak kesan lebam baru pada tubuh badan mangsa," katanya. 

Susulan itu, ibu mangsa, 29, dan teman lelakinya, 39, ditahan reman selama seminggu sehingga 20 Mei. 

Siasatan awal juga mendapati, teman lelaki ibu mangsa mempunyai rekod lampau berkait kes dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment