Isteri rempuh kereta suami selepas ternampak lelaki itu bersama skandalnya


PATHUM THANI, THAILAND - Tanpa menghiraukan keselamatan diri, seorang wanita merempuh kereta suaminya dengan sengaja selepas ternampak lelaki itu bersama dengan wanita lain, lapor The Nation. 

Dalam kejadian jam 4.30 petang, di Jalan Rangsit, Nakhon Nayok, Tambon Bung Yitow, Sabtu lalu telah menyebabkan kesesakan jalan raya sepanjang empat kilometer. 

Difahamkan, si isteri yang memandu kereta Toyota Fortuner sebelum itu sedang giat mengesan kedudukan suaminya menggunakan GPS. Seketika kemudian, wanita itu terserempak dengan kereta suaminya dan melihat lelaki itu bersama dengan seorang wanita lain yang dipercayai kekasihnya. 

Berang melihat keadaan itu, si isteri bertindak mengejar kereta tersebut. 


Bimbang lelaki itu melarikan diri, si isteri mengambil keputusan merempuh Mercedes itu lalu menyebabkan kemalangan yang melibatkan empat buah kereta lain. Akibatnya, enam mangsa mengalami kecederaan ringan, selain menyebab tiga buah kenderaan yang terlibat, rosak. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment