'Esok awal ramadhan, tergamak buat pakcik ini begini'


TASEK GELUGOR, PULAU PINANG - 6 jam yang lalu, seorang wanita memuat naik gambar dan kapsyen mendakwa seorang lelaki warga emas telah disamun ketika menunggang motosikal. 

Menurut Siti Nor Zaimah, kejadian itu berlaku lewat pagi tadi berdekatan BSN, Tasek Gelugor. 

"Pakcik ini cerita dia dirompak suspek yang menaiki motosikal jenis Honda EX5. 

Pakcik kena rompak. Depa naik moto EX5. Depa tendang moto, ambil habis duit dengan IC pakcik. Pakcik nak beli daging buat makan esok, nak...

"Esok awal ramadhan, tergamak buat pakcik ini begini. Semoga Allah membalas semula apa yang mereka telah buat pada pakcik ini," tulis Siti di Facebooknya. 

Gambar tersebut telah dikongsi 4,469 kali oleh netizen yang turut bersimpati dengan nasib warga emas berkenaan. 

Bagaimanapun, 4 jam berlalu, Siti memuat naik status kedua menyatakan ada pihak yang memaklumkan cerita sebaliknya. 

"Kes samun pakcik tadi, ramai yang kata pakcik itu dua tiga kali dah orang nampak kes yang sama. Ada yang kata dia nyanyok, pelupa.

"Satu saja saya nak beritahu. Tak kisahlah betul atau tidak apa yang pakcik itu cerita pada saya tadi. Tetapi kalau betul, semoga Allah sentiasa melindungi dia selepas ini. 


"Mudah-mudahan penyamun berkenaan menerima balasan setimpal. Tengok keadaan motosikal pakcik itu tadi, memang nampak bekas motosikal itu jatuh," tulisnya. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment