'Eh, biadabnya lelaki tua ni..'


CHINA - Tindakan biadab seorang lelaki tua dikecam netizen kerana sengaja membuang kulit kuaci merata-rata dalam tren, lapor Shanghaiist. 

Dalam video berdurasi seminit lebih itu menunjukkan, seorang pekerja pembersihan sedang menyapu lantai gerabak berkenaan sebelum menegur tindakan lelaki tua terbabit yang membuang kulit kuaci merata-rata. 

Berang ditegur wanita berkenaan, lelaki itu kemudian bangun dan dengan sengaja menuang kesemua kuacinya di lorong gerabak tersebut sebelum menendang kuaci itu ke bawah tempat duduk penumpang. 

"Ha, apa lagi? Sapulah," katanya pada tukang pembersihan itu sebelum kembali ke tempat duduknya.

Ketika insiden itu berlaku, penumpang yang lain hanya memerhatikan sahaja perbuatan biadab lelaki itu tanpa bertindak menegurnya. 

Kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab penumpang terbabit, wanita itu meletakkan peralatan menyapunya dalam ruang penyimpanan sebelum beredar meninggalkan gerabak tersebut. 


Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan biadab lelaki tua itu yang dianggap tidak habis buat perangai biarpun kubur sudah memanggil-manggilnya ke dalam. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment