Dendam: Putus jari kelingking ditetak bapa saudara


KUCHING, SARAWAK - Seorang kanak-kanak perempuan putus jari kelingking dan cedera jari hantu kanannya selepas ditetak bapa saudaranya sendiri kerana berang dengan tindakan bapa mangsa yang melaporkan kegiatan jenayahnya, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari di rumah kedai di Batu 10, Jalan Penrissen, semalam, mangsa berusia 8 tahun yang hanya bersama abangnya di rumah. 

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, suspek berusia 31 tahun meluru masuk sebelum menetak jari mangsa menggunakan pisau, sebelum melarikan diri. 

Kejadian itu hanya disedari abang mangsa selepas adiknya meraung kesakitan. 

"Siasatan awal mendapati kejadian tu bermotifkan dendam kerana suspek tidak berpuas hati dengan bapa mangsa yang ada membuat laporan polis mengenai kegiatan suspek yang melakukan pecah rumah sehingga ditahan. 

"Mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan operasi memburu suspek yang dikenali sebagai Ringkai Endawie sedang giat dijalankan," katanya.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment