Dari Kisah Rumah Tangga
Saya seorang isteri dan usia perkahwinan sudah tiga tahun. Tetapi belum ada rezeki untuk bergelar sebagai ibu. Kisah saya mungkin berbeza dengan kisah-kisah warga KRT yang lain tetapi bagi saya, masalah saya mungkin akan menjadi masalah besar apabila saya sudah mempunyai zuriat nanti.
Kisahnya begini. Suami saya tidak boleh berenggang dengan saya. Pada awal perkahwinan, saya fikir mungkin mood honeymood tak habis lagi. Tetapi dah tiga tahun berlalu, perangainya masih sama.
Contohnya, bila suami kerja syif malam, saya pula suri rumah (suami suruh berhenti kerja). Bila suami pulang dari kerja, waktu pagi itu saya kena temankan dia tidur sampai ke petang.
Pernah sekali saya tinggalkan suami sekejap untuk mengemas rumah. Tak sampai lima minit, suami saya dah terpacak di depan saya.
Suami saya ini terlalu manja. Pernah sekali mentua saya datang ke rumah dan tidur di rumah saya. Masa itu pula suami kerja siang dan saya tidak dapat temankan suami tidur. Saya biarkan suami di bilik. Saya sangka dia sudah tidur, rupa-rupanya dia tidak tidur langsung.
Semasa suami cuti, 24 jam saya dengan dia. Kalau dia nak berjumpa dengan kawan dia pun, dia akan bawa saya bersama. Saya pula jenis yang malas nak keluar dan terpaksa ikut suami.
Saya bahagia dengan suami tetapi saya nak tahu ada tak cara nak kurangkan manja suami saya ini? Sebab saya risau bila ada anak nanti saya tak dapat nak handle suami dan anak.
Suami saya bukan lelaki lembut, dia anak sulung. Di depan adik beradiknya, dia sangat tegas. Cuma dengan saya saja dia manja mengalahkan baby.
Blogger Comment
Facebook Comment