11 Kebaikan Minum Teh Ketika Sahur & Iftar


Sama ada hijau, hitam mahupun putih susu, minuman teh menyediakan banyak manfaat kepada badan anda. Teh penuh dengan bahan-bahan semulajadi yang meningkatkan kesihatan anda dalam banyak cara. Malah, cuba bayangkan anda menikmati teh o dicampurkan ais dan lemon, cukup menyegarkan malah hilang rasa penat seharian berpuasa. Apatah lagi mengambilnya ketika sahur dan iftar.

Tahukah anda meminum teh juga dikatakan lebih baik daripada meminum kopi kerana jumlah kafein yang kurang daripada kopi. Menurut Persatuan Dietetik Amerika, secawan teh mengandungi kira-kira 40 miligram kafein jika dibanding dengan 85 miligram kafein yang terdapat dalam secawan kopi yang dibancuh.

ARTIKEL: Ini Cara Minum Air di Bulan Puasa. Pastikan Cukup!

Ini antara 10 kebaikan minum teh untuk anda.

1. Penyelidikan menunjukkan bahawa sebarang teh yang daripada pokok Camellia senensis mempunyai sifat-sifat penentang kanser. Daun daripada pokok ini mengandungi kimia yang dikenali sebagai polifenol yang turut memberikan teh sifat-sifat antioksidannya.

2. Polifenol yang terdapat di dalam teh dikatakan amat terkenal dengan kebaikannya kepada kesihatan. Polifenol dikatakan mampu membantu melindungi sel-sel daripada proses fisiologikal normal tetapi merosakkan yang dikenali sebagai tekanan oksidatif.

3. Minum teh juga mampu mencegah pembekuan darah, merendahkan tahap kolesterol, meneutralkan enzim yang membantu dalam pertumbuhan tumor, membantu menyahaktifkan penggalak kanser dan merangsang sistem imun.

4. Terdapat juga kajian tentang polifenol dalam teh mampu mengurangkan risiko gastrik, kanser kulit dan esofagus, jika ia diminum sebanyak 4 hingga 6 cawan sehari.

5. Meminum 2 cawan teh sehari mampu merendahkan risiko kanser ovari wanita sebanyak 46 peratus.

6. Ada juga kajian di Jepun yang mendapati bahawa teh hijau merendahkan kematian akibat penyakit jantung.

7. Teh juga turut mempunyai fluorida yang amat baik untuk menguatkan gigi dan teh juga hampir tidak mempunyai kalori. Selain daripada polifenol, teh juga dikatakan mengandungi pelbagai bahan-bahan yang amat berguna untuk kesihatan tubuh.

8. Komponen-komponen ini adalah sumber sifat-sifat menyihatkan teh yang dikatakan mampu menentang agen mutagen, membantu menentang tekanan darah tinggi, membantu menentang jangkitan virus dan bakteria, dan membantu memperbaiki fungsi sistem pencernaan dan sistem perkumuhan.

9. Dalam satu kajian, dikatakan mereka yang meminum kira-kira satu setengah cawan teh sehari memiliki sehingga 40 peratus kurang untuk mendapat serangan jantung jika dibandingkan dengan mereka yang tidak meminumnya.

10. Dikatakan dengan meminum teh juga mampu melindungi tulang.

11. Kajian juga membuktikan bahawa pengambilan teh Chamomile boleh mengurangkan risiko kematian terhadap golongan wanita yang mungkin berpunca daripada pelbagai faktor, terutamanya kesihatan.

SUMBER

via Bin Usrah
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment