Tak Sedap Hati Masa Dalam Toilet Stesyen Minyak. Lepas Keluar Ibu Cerita Sesuatu Yang Buat Aku TERKESIMA !!! | Assalamualaikum. pertama sekali terima kasih kepada admin kerana post confession aku. cerita ni bermula masa aku form 3, masa tu cuti sekolah dan family aku pergi bercuti di bukit gambang waterpark. kami sekeluarga tak tidur di hotel, tidur kat homestay yang hanya berhadapan dengan bukit gambang waterpark. malam first tu kami sekeluarga pergi lepak dan makan angin dekat pantai teluk chempedak dan balik homestay dalam pukul 11 malam. dalam perjalanan balik tu, aku tiba-tiba rasa nak pergi toilet dan suruh ayah aku berhenti je kat mana-mana stesen minyak yang berdekatan.
jadi, sampai dekat satu stesen minyak Pet**** ni tak silap aku area gambang jugaklah. masa tu takde orang langsung yalah kan dah nak tengah malam. yang ada pun pekerja stesen minyak tu aje. so, ayah aku park kereta betul-betul kat depan toilet. aku terus keluar dari kereta dan pecut pergi tandas, perasan jugak ada 2 orang lelaki pekerja petronas ada kat situ. aku lalu aje lah depan diaorang. sebelum masuk toilet tu, aku rasa lain macam, rasa tak sedap hati. aku baca doa masuk tandas, masuk kaki kiri dan terus pergi toilet paling hujung. toilet tu pulak aku tengok menyeramkan je, dengan lampunya macam nak terpadam pun ada. eeii seram duh.
Sepanjang kat dalam toilet tu, memang aku tak sedap hati, rasa ada orang perhatikan. aku asyik pandang atas je, tengok lampu lepastu tengok pintu toilet tu. lama jugaklah aku kat dalam tu sebab rasa macam takut sangat nak keluar dari toilet. lepas beberapa minit tu, aku pun keluar dari toilet, jantung aku berdebar gila kot.tak pernah aku masuk toilet sampai berdebar jantung aku ni. then, aku basuh tangan kat sinki, betulkan tudung semua sambil – sambil tu selawat dalam hati. masa aku nak melangkah keluar tu, baru aku perasan ada ladang kelapa sawit rupanya dah lah gelap gila kot. dah keluar dari toilet tu, aku perasan 2 lelaki pekerja petronas tu ada kat situ lagi, berbual dengan ayah aku. aku pun terus masuk kereta.
Lepas ayah aku berbual dengan diaorang, ayah aku pun masuk kereta dan keluar dari stesen minyak tu. dalam perjalanan balik homestay, ibu aku tiba-tiba cakap yang masa aku nak masuk toilet, 2 orang lelaki tadi asyik tengok aku je. tengok dengan pandangan “menakutkan” . lepas aku masuk toilet, seorang lelaki ni suruh kawan dia ikut aku masuk toilet dan yang lagi seorang tu macam tunjuk suruh tutup lampu. mak aku perasan semua tu dari dalam kereta dan terus suruh ayah aku pergi kat mereka berdua. tapi tak serang pun, konon-konon sembang dengan 2 lelaki tu. creepy gila wei! patutlah sepanjang dalam toilet tu aku rasa tak sedap hati, tengok lampu semua.
Malam tu aku tak boleh lelap mata langsung kot. Dengan terbayang peristiwa tadi, pastu aku asyik terbayang kalau lah ibu aku tak perasan 2 lelaki tu tak tahu lah jadi apa kat aku. Nauzubillah .. Ya Allah mintak jauhlah benda-benda gitu. sampai sekarang peristiwa tu masih segar dalam ingatan ni. bila aku cerita dengan kawan-kawan aku, badan aku terus menggigil kot, tangan aku sejuk ketor. Aku menaip ni pun, terketar-ketar tangan aku haha.
Jadi moral of the story, wanita-wanita di luar sana kalau nak pergi toilet please jangan pergi sorang lagi-lagi time tengah malam dan yang paling penting sebelum masuk tandas baca doa, masuk kaki kiri. sekarang ni kalau nak pergi mana-mana pun macam dah tak selamat huhu. Semoga kalian semua sentiasa dilindungi Allah SWT. Terima kasih. Wasalam
Sumber:- IIUMC
Sumber:- IIUMC
Blogger Comment
Facebook Comment