Majikan didenda RM10,000 jika tidak beri cuti pada pekerja, 24 April ini


KUALA LUMPUR - Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, majikan wajib memberi pekerjanya cuti pada Isnin, 24 April ini atau berdepan dengan tindakan denda. 

"Jika kerajaan negeri yang mengumumkan cuti, majikan mempunyai hak sama ada mahu memberi cuti kepada pekerja atau tidak. 

"Tetapi jika pengumuman cuti dibuat oleh kerajaan persekutuan mengikut Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951, majikan tiada pilihan dan wajib mematuhinya atau berdepan dengan tindakan denda RM10,000." katanya memetik laporan dari Sin Chew

Menurut Shamsuddin, kerajaan persekutuan amat jarang sekali mengumumkan cuti di bawah akta berkenaan melainkan jika berlaku kemangkatan seorang tokoh diraja atau ketua negara. 

Memandangkan 24 April juga adalah tarikh sambutan Israk dan Mikraj, Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis akan mendapat satu cuti tambahan. 

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC, Adbul Halim Mansor berkata, semua syarikat kerajaan dan swasta perlu mematuhi cuti 24 April ini sebagai tanda hormat. 

"Ini juga sebagai tanda hormat kepada Yang Di Pertuan Agong. Biarpun ada syarikat yang mempunyai perancangan pada tarikh berkenaan, tetapi kerajaan sudah memberi notis awal selama 20 hari kepada orang ramai dan saya percaya tempoh masa itu cukup untuk mana-mana syarikat mengatur semula jadual mereka. 

"Jika ada syarikat yang tidak memberi pekerjanya bercuti, pihak majikan akan dikenakan tindakan undang-undang," katanya. 

Bagaimanapun, jika ada pekerja yang terpaksa bekerja, majikan perlu membayar gaji mereka dua kali ganda pada hari tersebut. 

"Kerajaan persekutuan hanya mengumumkan cuti ini setiap lima tahun sekali, bukannya setiap tahun. Jadi, pihak majikan tiada masalah untuk pihak majikan membenarkan pekerjanya bercuti. Jika syarikat memerlukan pekerjanya bertugas pada hari tersebut, mereka perlu dibayar dua kali ganda," katanya. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment