Jangan beli produk kosmetik ini yang dikesan mengandung racun berjadual


PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang ramai tidak lagi membeli dan menggunakan produk kosmetik Tati Skincare Krim Malam dan Krim Rawatan serta Moleek Skincare Krim Anti Pigmen yang dikesan mengandungi racun berjadual, lapor Harian Metro. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, notifikasi produk kosmetik berkenaan telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM, berikutan pengesanan bahan racun berjadual dalam produk tersebut. 

"Penjual dan pengedar produk komestik ini juga diberi amaran untuk menghentikan sebarang penjualan dan pengedaran produk terbabit dengan serta merta," katanya. 


Penjualan dan pengedaran produk kosmetik yang mengandungi jadual beracun ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang didapati melakukan kesalahan mengikut peraturan ini boleh dikenakan denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 30 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama. 

"Denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahu atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya. 

"Malah, syarikat yang melakukan kesalahan juga boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," katanya.



Terdahulu, Kementerian Kesihatan Brunei turut mengeluarkan larangan penjualan dan penggunaan tiga produk  kosmetik termasuk Tati, yang dikesan dicemari bahan terlarang yang tidak disytiharkan. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment