Ibu meraung anak perempuannya hilang di Food Festival


SURABAYA, INDONESIA - Hati ibu mana yang tak risau bila anaknya tiba-tiba hilang. Rakaman video seorang wanita menangis meraung kerana anaknya hilang, viral di media sosial. 

Video yang dimuat naik sejak Isnin lalu, mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan wanita berkenaan. 

Dalam kejadian yang berlaku di Food Festival Surabaya, si ibu meraung dan menangis apabila mendapati anak perempuan hilang. Orang ramai cuba yang berada di sekeliling cuba menenangkannya. 



Tidak berapa lama kemudian, anak perempuannya berjaya ditemui dan diserahkan kepada ibu yang terus memeluk erat seperti tidak mahu melepaskannya lagi. 

Ibu bapa dinasihatkan agar tidak leka dengan telefon bimbit atau yang sewaktu dengannya sehingga tidak menyedari anak hilang dari pandangan. Bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku, ibu bapa digalakkan menggunakan safety harness. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment